Segala pujian kepada Allah Rabb sekalian alam yang berfirman ”Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.”.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar saw. Dan tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Perkasa.
Yang dihormati saudara pengerusi majlis, pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Pusat Pendidikan Al Itqan, ahli-ahli jawatankuasa , guru besar dan penolong kanan.
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh.
Bersyukur kepada Allah kerana dengan nikmat kurnianya kita dipertemukan di majlis ini.
Pertamanya, terima kasih kerana sudi menjemput saya menyampaikan ucapan. Keduanya, saya ucapkan tahniah kepada barisan Ahli Lembaga Pengarah yang baru dilantik. Semoga barisan baru ini dapat melonjakkan lagi dinamisme membina generasi rabbani.
Saudara-saudari yang dirahmati sekalain,
Payungan MUSLEH
Seperti yang sedia maklum, pusat pendidikan Al-Itqan ini adalah di bawah payung Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd. Atau pun diberi nama MUSLEH. Apakah itu MUSLEH? Apa kerja buat MUSLEH dan pencapaian nya?
MUSLEH merupakan sebuah jaringan sekolah Islam bersepadu. Ia didaftarkan pada 4hb.Mei 2000 sebagai syarikat berhad dimana Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri daripada Pengerusi sekolah-sekolah jaringan. Pada tahun 2007 jumlah sekolah ialah 30 buah dengan bilangan murid-murid menjangkau 10,000 orang. Sementara MUSLEH menetapkan dasar dan polisi, sekolah-sekolah diberi autonomi penuh mengurus dan mentadbir.
MUSLEH telah menjuarai pendidikan Islam dengan mengambil bahagian aktif dalam International Conference on Islamic Education 2007, Seminar Pendidikan Islam Kebangsaan, Dialog dengan UN Special Rapporteur, sesi dialog antara budaya anjuran Dong Jiou Zong dan lain-lain kerjasama.
Dalam pada itu, MUSLEH juga adalah badan perunding dan rujukan untuk manhaj tarbiah Musleh, Sistem Pentaksiran Pelajar, Sukatan Pelajaran Ilmu Syariah, Manual Penubuhan SRI_SMI baru dan Sistem Penaziran MUSLEH. Ini termasuk menyediakan program latihan mantap Kepengetuaan, Perguruan dan Penolong Kanan.
Demikianlah sedikit gambaran mengenai MUSLEH. Sekurang-kurangnya kita tahu kita ada rangkaian sekolah-sekolah rendah Islam dan menengah Islam seluruh Malaysia.
Saudara-saudari,
Halatuju Institusi Pendidikan Islam
Namun, kapal Al Itqan yang cantik, tidak ada gunanya kalau tiada nakhoda. Tiada nakhoda pun tidak ada ertinya kalau tiada kompas.Ada kompas, buat apa kalau tidak tahu hendak ke mana. Ke manakan kita ingin bawa anak-anak kita? Maknanya, perlu ada bagi Pusat Pendidikan Al Itqan mempunyai halatuju yang sejajar dengan MUSLEH.
Ini adalah dijelmakan dalam bentuk Falsafah Pendidikan Islam iaitu suatu proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlaq mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri sendiri, masyarakat, negar dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnag melalui sistem pendidikan yang seimbang, menyeluruh, bersepadu dan berterusan.
Dalam pada itu, sesuatu organisasi yang kemas perlu ada penyataan visi dan misi.
Pendidikan Islam mesti relevan
Di Pulau Pinang, sungguhpun saban tahun, kita menerima pendaftaran anak-anak waris darjah satu yang ramai sehingga terpaksa tolak permintaan, namun kita tidak boleh mengambil mudah (complacent). Kita mesti jadikan pendidikan Islam ini relevan kepada masyarakat Pulau Pinang.
Jika merujuk kepada Falsafah Pendidikan Islam, sifat utama kepada falsafah ini ialah Al-Itqanul Amal Al Mutawaasil, bermaksud Penyempurnaan Amal Yang Berterusan. Dalam istilah pengurusan ialah continuous improvement. Jadi, maksudnya pihak pengurusan haruslah sentiasa memantau pengoperasian sekolah malahan perlu peka kepada rungutan-rungutan waris dan masyarakat setempat. Apabila ini dilihat dan dikaji dari semasa ke semasa, sekolah dapat menyediakan khidmat pendidikan yang cekap, berkesan dan terkini.
Saudara-saudari yang dihormati,
Generasi Rabbani
Bagaimana pula rupa produk yang keluar dari sekolah kita?
”Knowledge base of education; The Future World Will Be Knowledge Based”. Kata-kata ini mungkin boleh dijadikan rujukan. Bukan sekadar ilmu, malahan kita hendak melahirkan anak-anak yang beriman dan bertaqwa bukan sekadar seorang individu tetapi generasi demi generasi. Selain daripada sukatan pelajaran yang disediakan oleh MUSLEH yang tidak kurang pentingnya ialah tarbiah.
Merujuk kepada surah al Ahzab:21 , Allah berfirman, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
Tiada cara yang terbaik mendidik anak-anak murid melainkan guru menunjukkan contoh tauladan yang baik. Sekolah-sekolah lain telah menunjukkan stastik yang memberangsangkan dimana seramai 2621 orang pelajar melalui pemeringkatan tarbiah dari 00 kepada 02. Alhamdulillah. Jadi, tarbiah usrah adalah wajib di sekolah al Itqan..
Tenaga Pengajar umpama Operator Pengeluaran Kilang
Tetapi saudara dan saudari,
Kilang Itqan yang kemas, ada sistem pentadbiran Itqan yang cekap dan ada produk yang berkesan, namun pengurus kilang dan pekerja pengeluaran, dalam konteks ini guru besar dan guru-guru kelas tidak berkongsi matlamat, tiada iltizam (will power) dan tidak ada ghairah untuk mendidik anak-anak yang beriman dan bertaqwa, maka sekolah tidak akan beroperasi dalam jangkamasa yang panjang.
Oleh yang demikian, pengajar wajib berilmu, beriman, bertaqwa, passionate, memberi komitmen dan berkemahiran.
Justeru itu, MUSLEH telah menyediakan latihan dan kursus untuk meningkatkan kompetensi diri dan kecekapan pengurusan. Ia dijalankan berkala setiap tahun. Ambillah peluang untuk belajar dan menambah ilmu mudah-mudahan Allah memperkasakan kita lagi, insya Allah.
Infra Struktur Sekolah
Pembangunan infra struktur amatlah mustahak untuk sekolah berkembang. Tetapi seperti yang sedia maklum, kos perbelanjaannya amat-amat tinggi. Saya mencadangkan agar pihak pengurusan sekolah kutip hutang-hutang lama supaya dapat meningkatkan kemampuan aliran tunai kewangan untuk pembangunan. Kemudian, adakan kolam takungan penyumbang dermawan atau mereka yang mampu membuat pinjaman individu dari bank lalu disumbangkan kepada sekolah sepenuhnya.
Dengan kemampuan sekolah, pihak pengurusan lah yang membayar balik wang pinjaman kepada sekolah. Sekolah al Islah di Sungai Petani telah menyiapkan bangunan RM 1.2 juta melalui kaedah ini dan kutipanzakat. Wallhu’alam, ini hanya satu saranan dari saya.
Harapan dan Penutup
Kita amat-amat bersyukur dengan segala anugerah ilahi dengan pencapaian sehingga kini. Moga-moga semua pencapaian ini akan menjadi pendorong kuat bagi kita untuk meningkatkan lagi usaha-usaha ke arah keredhaan Allah. Sama-samalah kita dalam perjuangan nin , menjayakan pendidikan kita segna apa jua cara sekalipun sehingga tercapai hasrat meninggalkan seunnah hassanah, berdakwah dan memimpin manusia di seluruh pelusuk dunia.
Moga-moga Allah swt merahmati kita dengan iman, taqwa dan ukhuwwah Islamiyah, menyelamatkan kita dari azab jahanam dan menganugerahkan kita semua Jannatul Firdaus, amiin.
Tarikh : 2 April 2009 @ Khamis
Jam : 8.00mlm – 11.00 mlm.
Tempat : Rumah TYDP Barat Daya.(Hj Latif)
Objektif:
Menyantuni Pelapis Kepimpinan ( dikalangan Remaja).
Menjalinkan hubungan MESRA (Ajk) dan Remaja.
Mendekatkan Remaja dengan aktiviti JIM.
Kehadiran :
Pimpinnan AJK Daerah BD + TL.
Remaja 25 orang.





Bengkel penulisan tersebut telah selamat di jalankan semalam 4 April 2009. Peserta lebih kurang 20 orang yang hadir. 6 orang yang telah mendaftar tidak hadir.
Di antara komen dan cadangan lain dari peserta:-
1) Bengkel ini cukup santai. Pengurusannya cukup baik. Cuma kadangkala saya lost sekejap sebab matlamat penulisan kreatif ini tidak menjurus pada cabang yang spesifik. Cadangan semoga penganjur boleh menganjurkan bengkel yang lebih jelas seperti bengkel Penulisan Kreatif (CERPEN), (SAJAK)atau Penulisan( ARTIKEL)sahaja. Apapun, saya GEMBIRA mengikuti bengkel ini.
2) Saya harap bengkel ini berterusan walaupun ada sesetengah orang mengatakan bengkel ini bosan tetapi bagi saya ia amat MENARIK. Malahan dapat mengcungkil bakat-bakat remaja dalam penulisan. Saya rasa bengkel ini dapat membantu saya untuk mendapatkan idea untuk menulis.
3) Harapan agar bengkel ini di dadakan lagi dan berlanjutan 3 ke 4 hari. Kem ini memberangsangkan, sayang ianya hanya 1 hari suntuk. Tidak puas dan rasa ingin mengetahui tentang pengalaman dan ilmu yang hendak di kongsi.
Ini lah di antara komen-komen dari para remaja yang hadir.
"KEMBARA HATI MENEROKAI JIWA"
Latifah Bee
Pengarah Krjpp
Peserta memang tertarik dengan pendekatan dan pengisian bengkel ini...nampak obviously mereka menunjukkan peningkatan prestasi menulis di slot akhir bengkel ini...ayat makin berbunga2 mengikut teknik2 yg telah di ajar....memang hebat depa nih...ada bakat nk jadi penulis profesional....dan mereka semua digalakkan mula membuka blog masing2 utk mengasah bakat menulis yg sedia ada....
dalam pada tuh program ni sempat mendapat liputan dari wartawan Sinar Harian....tak perasan pulak bila wartawan ni datang....saya keluar dewan kejap..bila masuk balik , tengok2 dia duk tengah snap gamba2 program....lepas tu duk kejap sembang2 dgn dia, then dia pergi interview penceramah program nie...prof madya Umi Kalthum dan Kak Lat skali...please find attachment for images...
sekian, wassalam..
Shazwani Bt. Amanullah
RA, PPPJJ , USM, PP.
Pada hari Isnin (30.3.2009) yang lalu, jam 9.00 malam telah diadakan Majlis Perlantikan Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah (ALP) Pusat Pendidikan Al Itqan Pulau Pinang (PPAIPP) di Pejabat JIM Pulau Pinang.
Pengarah Eksekutif PPAIPP Muallim Farizal mengalu-alukan semua yang hadir pada malam itu. Mereka yang hadir termasuklah ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lama dan yang akan dilantik. Turut hadir Ustaz Fahmi (STAIL) dan zaujah, Pengetua dan Guru Besar serta penolong-penolong Kanan SRI serta SMI Al Itqan.
Ucapan Pengerusi ALP 2008-2009 Hj Rashid memulakan majlis, diikuti oleh Ucap utama YDP JIM PP yang menggariskan harapan beliau kepada PPAIPP.
Akhi Isahak sebagai setiausaha sesi lepas membentangkan barisan ALP yang lepas diikuti dengan membentangkan barisan ALP baru.
Barisan ALP yang baru ialah:
Pengerusi : Dr Abdul Halim b Abdul Aziz
Timbalan Pengerusi : Hj Mohd Rashid b Hasnon
Setiausaha : Farizal Hamidon
Penolong Setiausaha : Mohd Husaini
Bendahari : Wan Hasbullah Wan Abdul Kadir
Dana : Hj Mohd Rashid Hasnon
Pembangunan : Hj Razali Abdullah
Perniagaan dan Koperasi : Mustafa Basri
HRD : Isahak Ismail
Tarbiah : Rusli Rashid
Penyerahan watikah perlantikan ahli ALP baru dan sijil penghargaan kepada ahli ALP lama telah disempurnakan oleh YDP JIM PP, Ir Hj Jamaludin.
Pengerusi ALP baru menyampaikan ucapan beliau, menyatakan harapan beliau agar ahli ALP dapat meneruskan usaha-usaha membangunkan PPAIPP ke tahap yang lebih sempurna ke arah pembinaan prasarana dan kemajuan akademik serta sahsiah anak-anak Al Itqan.
Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Fahmi.
Alhamdulillah, Tamrin Wanita JIM Negeri telah berlangsung pada 29 Mac 2009 di Surau atTaqwa Bertam dengan sokongan peserta hampir 70 orang, terdiri daripada ahli-ahli wanita dari semua daerah, adik-adik dari Madrasah Khairiah dan Kolej Jururawat Pergigian.
Tamrin dimulakan dengan Solat Dhuha berjemaah. Peserta diminta menghafal doa selepas solat dhuha. Program diteruskan dengan taklimat dari Ketua Wanita SPU Pn Norhayati Sidiqah. Perkongsian dari Penolong Setiausaha JIM PP "Uslub Dakwah Kontemporari: Persediaan Para Daie diikuti dengan perbincangan.
Selepas solat Zuhur, persembahan brosur dari semua wanita daerah mengikut tajuk-tajuk yang telah ditetapkan.
Majlis diakhiri dengan persembahan dari Raudhatus Sakinah oleh Pengurusnya Pn Inayah, pengumuman brosur pemenang iaitu Wanita JIM Timur Laut (Tahniah) dan ucapan penutup Ketua Wanita JIM PP, Hjh Mardiana.
Sejak FORUM bertemu dengan YB Abdul Malek, kami boleh dikatakan menerima suntikan baru untuk meneruskan wacana Pemikiran Umar Abdul Aziz. Mana taknya, program yang dirancang sejak YAB Ketua Menteri mencanang-canangkan kepemimpinan khalifah Umar Abdul Aziz tahun lalu, tak menjadi-jadi.
Hasrat FORUM ialah supaya YAB merasmikan program dan hadir dengar mesej yang perlu difahami oleh beliau. Kita tidak mahu beliau menjadikan kehebatan khalifah ini sebagai gimik politik semata-mata. Bulan November, kami jemput secara rasmi melalui Hj Rashid, tak menjadi pada saat akhir kerana ada program Ketua Menteri yang lebih mendesak. Bulan Januari pula, tarikh telah dikosongkan oleh PA Ketua Menteri, namun terpaksa batal kerana bertembung dengan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.
Saya peringatkan, Nabi Musa dan Nabi Harun sebenarnya buat ‘appointment’ dengan Firaun lebih satu tahun baru boleh dapat masuk istana. Itu pun kebetulan `joker’ suruhan Firaun terserempak di hadapan pintu istana lalu dikhabarkan kepada Firaun. “Jadi, kita jangan berputus asa. Kita kena usahakan sehingga jadi program ini”, tegas saya.
Mesyuarat demi mesyuarat kami buat. Persediaan mesti yang terbaik. Sebagai pengarah program, saya agak `particular’ dengan soal delegasi kerja. Sering terjadi kita anggap `orang bayangan’ lakukan kerja-kerja kecilan. Akibatnya kelam kabut dan kesabaran kita kadang-kadang tercabar. Jiwa perlu besar mengharungi kelemahan rakan-rakan.
Namun, saya amat terharu dengan komitmen rakan-rakan NGO. Kita menolak perbezaan organisasi semata-mata untuk menjayakan matlamat bersama demi kemaslahatan dakwah di Pulau Pinang. Masing-masing tidak kedekut idea dan bantuan. Ada semangat ”mengapa tidak saya yang buat” di dalam kerja berpasukan FORUM ni, alhamdulillah.
Maka, terlakar di dalam sejarah FORUM Penyatuan Umat Islam Pulau Pinang kerana berjaya melaksanakan Wacana ini dengan kerjasama Exco Hal Ehwal Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 22hb. Mac 2009. Program ini dirasmikan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ucapan aluan disampaikan oleh YDP ABIM P Pinang, Ustaz Zayd sebagai wakil FORUM. Beliau menggariskan harapan FORUM kepada Kerajaan. Diikuti dengan ucapan terima kasih dari YB Exco Agama, Hj Abdul Malek. Ucapan YAB Lim Guan Eng memang menarik. ”Kalaulah pembinaan bangunan pencakar langit diterima sebagai pembangunan tamadun, maka Firaun juga pemimpin pembangunan yang hebat!..”
Beliau menekankan pentingnya pembangunan insan. Bagus lah! Sejajar dengan konsep pembinaan insan menerusi pemerkasaan masjid yang kami cadangkan.
Pengerusi panel pembentangan dua orang pensyarah yang ilmuan ialah Dr MD Roslan Hashim. Dikendali dengan cekap oleh Dr Roslan. Katanya dia tidoq pukul 4 pagi menyediakan slide pembentangan Dr Fadlullah. Penyampaian Dr Badli Hisham amat dipuji kerana isi mesej nya datang dari people from the groundwork.
Akhir program disempurnakan oleh Hj Abdul Halim dari Haluan apabila beliau membacakan 6 Resolusi Wacana ini. Insya Allah, akan dikongsi bersama selepas pemurnian dalam bentuk buku. Selain akan dijual kepada masyarakat umum, FORUM menghadiahkan satu set kepada kerajaan . Ketua Menteri memang memintanya. Mudah-mudahan Allah buka pintu hatinya.
Jumaat 13hb.Mac, hari cuti bagi saya. Jiran di Pokok Sena sering menyapa saya,”tak kerja ke?” “La ni, orang kata tak boleh derhaka Sultan. Hari ni, Sultan Kedah kata jangan kerja hari Jumaat, saya tak mau kerja, nanti derhaka kat Sultan..” seloroh saya.
Saya menerima penggilan dari tuan Haji Razali. ”YB Malek nak jumpa JIM esok pukul 11.30 pagi di KOMTAR…” Saya menolak walaupun teringin nak jumpa sekali lagi atas nama JIM. Saya wakilkan kepada Setiausaha Negeri, Ishak. Kena jemput juga, ahli-ahli JIM yang menjadi Pengerusi Masjid atau AJK penting masjid. Saya teringat ustaz Khairul pengerusi masjid Tasek Gelugor, Mohd Tuah Titi Teras, Dr Rizal Taman Bukit Panchor dan ramai lagi rupanya ahli JIM yang ahli masjid ni. Akhirnya saya dapat yakinkan ahli JIM SPT yang menetap di SPU, Peguam Rosidi Hussein yang merupakan timbalan pengerusi masjid Bertam pergi sertai Haji Razali bertemu dengan YB Malek. Tambahan pula, beliau juga ada cita-cita nak jadi calon PRU13 akan datang. Jadi, elok sangatlah bertemu dengan orang politik.
Saya tidak sertai Hj Razali sebab pada hari yang sama, adik-adik saya akan datang ke rumah untuk menghantar anak saya Muhd Ihsan yang ‘bertukar angin’ dari sekolah Islah Sungai Petani ke sekolah Hidayah, Ipoh. Selain anak ketiga saya ni, anak Ketua Wanita dan anak Dr Danial (kalau tak salah saya) pun sambung belajar di sana.
Sabtu 14hb.Mac. Hujung minggu ni, paling sibuk dengan program North Camp, Mukhayyam Wanita dan Excell 2009 Kelab Remaja JIM jatuh pada hujung minggu yang sama. Isteri saya, Farihah, saya galakkan sertai mukhayyam anjuran wanita JIM Kulim. “Sekali sekala kena biasakan duduk di luar. Itukan tarbiah juga tu. Bawalah anak kecil tu sekali, lagi pun Bibi nya ada. Anak tiga beradik ni, abang jaga…” ujar saya.
Kami ke Sedim bersama YDP JIM SPU, Yusof Zaki. Satu jam perjalanan juga jauh nya. Di sana berhimpunlah peserta yang mengikuti usrah tahap 1 dan 2 datang dari Perlis, Jitra dan Pulau Pinang berkumpul di Eco-Park, Sedim. Ini adalah program perkhemahan yang melatih disiplin, ketaatan dan kerja berpasukan (amal jamaiy) di dalam jamaah.
Saya dijemput untuk memberi ucapan perasmian. Amat menarik bila melihat julat umur peserta dari 13 tahun hingga 55 tahun. Macamana penganjur nak mengimbangi aktiviti peserta muda yang lasak dan peserta usia senja yang kaya dengan pengalaman, tentu mencabar rasanya.
Saya menegaskan mukhayam adalah salah satu wasa’il (program) yang diatur dalam modul usrah yang melatih pembinaan fizikal dan amal jama’iy. Selain daripada itu, usrah, qiamullail, daurah dan rehlah juga adalah program –program yang wajib diikuti semuanya sebagai peningkatan diri. Sikap ’ana minat mukhayam aje, usrah-usrah ni, tak mau la....” adalah sikap yang perlu diperbetulkan.
Sempat berbual dengan Zulqarnain, pengarah program. ”Peserta akan dihindarkan dari mandi sungai...” Ha!.. kan mencabar tu,..air sungai jernih melambai-lambai, peserta tak dibenarkan mandi!”. Teringin nak ikuti, tapi tetamu dari Ipoh bakal menjenguk 12 tengahari nanti. Bukan selalu adik-adik saya datang ke sini. Jadi, tak patutlah kami sekeluarga ‘menghilangkan diri’ atas nama urusan dakwah.
Saya yakin, mukhayam ini akan berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Apa-apa pun tahniah kepada team Rintis JIM SPT ni. Katanya ada lagi program out-door yang akan bakal menanti untuk keluarga JIM pula...
YDP JIM PP