Alhamdulillah, Tamrin Wanita JIM Negeri telah berlangsung pada 29 Mac 2009 di Surau atTaqwa Bertam dengan sokongan peserta hampir 70 orang, terdiri daripada ahli-ahli wanita dari semua daerah, adik-adik dari Madrasah Khairiah dan Kolej Jururawat Pergigian.

Tamrin dimulakan dengan Solat Dhuha berjemaah. Peserta diminta menghafal doa selepas solat dhuha. Program diteruskan dengan taklimat dari Ketua Wanita SPU Pn Norhayati Sidiqah. Perkongsian dari Penolong Setiausaha JIM PP "Uslub Dakwah Kontemporari: Persediaan Para Daie diikuti dengan perbincangan.

Selepas solat Zuhur, persembahan brosur dari semua wanita daerah mengikut tajuk-tajuk yang telah ditetapkan.

Majlis diakhiri dengan persembahan dari Raudhatus Sakinah oleh Pengurusnya Pn Inayah, pengumuman brosur pemenang iaitu Wanita JIM Timur Laut (Tahniah) dan ucapan penutup Ketua Wanita JIM PP, Hjh Mardiana.

Posted by JIM PULAU PINANG Monday, March 30, 2009 2 comments


Sejak FORUM bertemu dengan YB Abdul Malek, kami boleh dikatakan menerima suntikan baru untuk meneruskan wacana Pemikiran Umar Abdul Aziz. Mana taknya, program yang dirancang sejak YAB Ketua Menteri mencanang-canangkan kepemimpinan khalifah Umar Abdul Aziz tahun lalu, tak menjadi-jadi.

Hasrat FORUM ialah supaya YAB merasmikan program dan hadir dengar mesej yang perlu difahami oleh beliau. Kita tidak mahu beliau menjadikan kehebatan khalifah ini sebagai gimik politik semata-mata. Bulan November, kami jemput secara rasmi melalui Hj Rashid, tak menjadi pada saat akhir kerana ada program Ketua Menteri yang lebih mendesak. Bulan Januari pula, tarikh telah dikosongkan oleh PA Ketua Menteri, namun terpaksa batal kerana bertembung dengan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

Saya peringatkan, Nabi Musa dan Nabi Harun sebenarnya buat ‘appointment’ dengan Firaun lebih satu tahun baru boleh dapat masuk istana. Itu pun kebetulan `joker’ suruhan Firaun terserempak di hadapan pintu istana lalu dikhabarkan kepada Firaun. “Jadi, kita jangan berputus asa. Kita kena usahakan sehingga jadi program ini”, tegas saya.

Mesyuarat demi mesyuarat kami buat. Persediaan mesti yang terbaik. Sebagai pengarah program, saya agak `particular’ dengan soal delegasi kerja. Sering terjadi kita anggap `orang bayangan’ lakukan kerja-kerja kecilan. Akibatnya kelam kabut dan kesabaran kita kadang-kadang tercabar. Jiwa perlu besar mengharungi kelemahan rakan-rakan.

Namun, saya amat terharu dengan komitmen rakan-rakan NGO. Kita menolak perbezaan organisasi semata-mata untuk menjayakan matlamat bersama demi kemaslahatan dakwah di Pulau Pinang. Masing-masing tidak kedekut idea dan bantuan. Ada semangat ”mengapa tidak saya yang buat” di dalam kerja berpasukan FORUM ni, alhamdulillah.

Maka, terlakar di dalam sejarah FORUM Penyatuan Umat Islam Pulau Pinang kerana berjaya melaksanakan Wacana ini dengan kerjasama Exco Hal Ehwal Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 22hb. Mac 2009. Program ini dirasmikan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ucapan aluan disampaikan oleh YDP ABIM P Pinang, Ustaz Zayd sebagai wakil FORUM. Beliau menggariskan harapan FORUM kepada Kerajaan. Diikuti dengan ucapan terima kasih dari YB Exco Agama, Hj Abdul Malek. Ucapan YAB Lim Guan Eng memang menarik. ”Kalaulah pembinaan bangunan pencakar langit diterima sebagai pembangunan tamadun, maka Firaun juga pemimpin pembangunan yang hebat!..”

Beliau menekankan pentingnya pembangunan insan. Bagus lah! Sejajar dengan konsep pembinaan insan menerusi pemerkasaan masjid yang kami cadangkan.

Pengerusi panel pembentangan dua orang pensyarah yang ilmuan ialah Dr MD Roslan Hashim. Dikendali dengan cekap oleh Dr Roslan. Katanya dia tidoq pukul 4 pagi menyediakan slide pembentangan Dr Fadlullah. Penyampaian Dr Badli Hisham amat dipuji kerana isi mesej nya datang dari people from the groundwork.

Akhir program disempurnakan oleh Hj Abdul Halim dari Haluan apabila beliau membacakan 6 Resolusi Wacana ini. Insya Allah, akan dikongsi bersama selepas pemurnian dalam bentuk buku. Selain akan dijual kepada masyarakat umum, FORUM menghadiahkan satu set kepada kerajaan . Ketua Menteri memang memintanya. Mudah-mudahan Allah buka pintu hatinya.

Posted by JIM PULAU PINANG 1 comments

Jumaat 13hb.Mac, hari cuti bagi saya. Jiran di Pokok Sena sering menyapa saya,”tak kerja ke?” “La ni, orang kata tak boleh derhaka Sultan. Hari ni, Sultan Kedah kata jangan kerja hari Jumaat, saya tak mau kerja, nanti derhaka kat Sultan..” seloroh saya.

Saya menerima penggilan dari tuan Haji Razali. ”YB Malek nak jumpa JIM esok pukul 11.30 pagi di KOMTAR…” Saya menolak walaupun teringin nak jumpa sekali lagi atas nama JIM. Saya wakilkan kepada Setiausaha Negeri, Ishak. Kena jemput juga, ahli-ahli JIM yang menjadi Pengerusi Masjid atau AJK penting masjid. Saya teringat ustaz Khairul pengerusi masjid Tasek Gelugor, Mohd Tuah Titi Teras, Dr Rizal Taman Bukit Panchor dan ramai lagi rupanya ahli JIM yang ahli masjid ni. Akhirnya saya dapat yakinkan ahli JIM SPT yang menetap di SPU, Peguam Rosidi Hussein yang merupakan timbalan pengerusi masjid Bertam pergi sertai Haji Razali bertemu dengan YB Malek. Tambahan pula, beliau juga ada cita-cita nak jadi calon PRU13 akan datang. Jadi, elok sangatlah bertemu dengan orang politik.

Saya tidak sertai Hj Razali sebab pada hari yang sama, adik-adik saya akan datang ke rumah untuk menghantar anak saya Muhd Ihsan yang ‘bertukar angin’ dari sekolah Islah Sungai Petani ke sekolah Hidayah, Ipoh. Selain anak ketiga saya ni, anak Ketua Wanita dan anak Dr Danial (kalau tak salah saya) pun sambung belajar di sana.

Sabtu 14hb.Mac. Hujung minggu ni, paling sibuk dengan program North Camp, Mukhayyam Wanita dan Excell 2009 Kelab Remaja JIM jatuh pada hujung minggu yang sama. Isteri saya, Farihah, saya galakkan sertai mukhayyam anjuran wanita JIM Kulim. “Sekali sekala kena biasakan duduk di luar. Itukan tarbiah juga tu. Bawalah anak kecil tu sekali, lagi pun Bibi nya ada. Anak tiga beradik ni, abang jaga…” ujar saya.

Kami ke Sedim bersama YDP JIM SPU, Yusof Zaki. Satu jam perjalanan juga jauh nya. Di sana berhimpunlah peserta yang mengikuti usrah tahap 1 dan 2 datang dari Perlis, Jitra dan Pulau Pinang berkumpul di Eco-Park, Sedim. Ini adalah program perkhemahan yang melatih disiplin, ketaatan dan kerja berpasukan (amal jamaiy) di dalam jamaah.

Saya dijemput untuk memberi ucapan perasmian. Amat menarik bila melihat julat umur peserta dari 13 tahun hingga 55 tahun. Macamana penganjur nak mengimbangi aktiviti peserta muda yang lasak dan peserta usia senja yang kaya dengan pengalaman, tentu mencabar rasanya.

Saya menegaskan mukhayam adalah salah satu wasa’il (program) yang diatur dalam modul usrah yang melatih pembinaan fizikal dan amal jama’iy. Selain daripada itu, usrah, qiamullail, daurah dan rehlah juga adalah program –program yang wajib diikuti semuanya sebagai peningkatan diri. Sikap ’ana minat mukhayam aje, usrah-usrah ni, tak mau la....” adalah sikap yang perlu diperbetulkan.

Sempat berbual dengan Zulqarnain, pengarah program. ”Peserta akan dihindarkan dari mandi sungai...” Ha!.. kan mencabar tu,..air sungai jernih melambai-lambai, peserta tak dibenarkan mandi!”. Teringin nak ikuti, tapi tetamu dari Ipoh bakal menjenguk 12 tengahari nanti. Bukan selalu adik-adik saya datang ke sini. Jadi, tak patutlah kami sekeluarga ‘menghilangkan diri’ atas nama urusan dakwah.

Saya yakin, mukhayam ini akan berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Apa-apa pun tahniah kepada team Rintis JIM SPT ni. Katanya ada lagi program out-door yang akan bakal menanti untuk keluarga JIM pula...


YDP JIM PP

Posted by JIM PULAU PINANG Sunday, March 22, 2009 0 comments

Saya terima jemputan dari Latifah Bee untuk merasmikan program XCELL 2009 pada pagi Ahad, 15hbMac. Saya boleh sahaja menolak sebab hari tu saya bekerja, tetapi hati saya teringin nak berjumpa dengan pewaris-pewaris perjuangan dakwah masa depan, saya korbankan beberapa jam waktu pejabat. Tambahan pula ini adalah program nasional dan KRJ Pulau Pinang menjadi tuan rumah tahun ini.

Terfikir juga,”Patut-patut, wakil Remaja Pusat yang mai rasmi ni..” . Ada, ..acara penutup disempurnakan oleh Setiausaha Agung Pusat. Alhamdulillah, saya dapat berkenalan dengan pegawai tadbir agama daerah Barat Daya, Ustaz Jamal dan penyelianya. Bagus juga dijemput beliau merasmikan. Saya tak rasmi pun tak apa. Untung dakwah masa panjang. Boleh buat program bersama lagi.

Ucapan aluan saya ringkas sahaja, saya menekankan kita perlu tanam pada minda kita cemerlang ilmu dunia, cemerlang ilmu akhirat. Contohi ’legenda hidup’ tokoh Pulau Pinang masa kini, iaitu Dr Danial. Kita perlu ramai lagi professional dan ustaz, atau ’protaz’.

Tahniah saya ucapkan kepada Pengarah KRJ Pulau Pinang, KRJ SPS; Ust Nik Aufa, Hafiz Kassim Pengerusi Karisma dan YDP JIM Barat Daya, Mohd Tuah. Kesungguhan
mereka melayani anak-anak JIM selama 3 hari, saya bagi kredit. Ini kelebihan JIM Barat Daya gigih menganjurkan program-program remaja. Moga ramailah tenaga muda bakal memimpin JIM di Barat Daya dan Seberang Perai Selatan. Amiin.

Posted by JIM PULAU PINANG 0 comments

X-CELL merupakan program penerusan di dalam modul PRODUCE
Jawatan Kuasa Pembangunan Remaja (JKPR) selepas program XREK, LEADeRs dan X-PERT.
Program ini disasarkan untuk pelajar tingkatan 5 yang telah melalui ketiga-tiga modul dalam PRODUCE semasa di tingkatan 3 dan 4. Aspek kecemerlangan akademik dan sahsiah menjadi fokus utama modul ini.


Objektif:
1. Strategi Kecemerlangan Akademik.
2. Kepentingan akademik utk Dakwah
3. Menyelongkar kehebatan tokoh ilmuan Islam.
4. Membuka mata remaja tentang kepentingan Ulama’ islam yang profesional.

Tarikh :15 – 17 Mac 2009

Tempat: Masjid Al-Mukhtar , Balik Pulau, Pulau Pinang
Masa : 3 hari 2 malm

Sasaran :PRODUCE GEN 3 (seramai 68 peserta) + {Pengiring 6 orang).

KRJ Pulau Pinang : Tuan Rumah utk tahun ini. 2009.



















































Sumber : YDP BD

Posted by JIM PULAU PINANG Friday, March 20, 2009 0 comments


JIM P Pinang sertai Sambutan Maulidur Rasul 2009.

Minggu lalu merupakan antara minggu yang sibuk. Bermula dengan program bersama kerajaan Negeri menyertai perarakan maulud. Pagi Isnin 9hb.Mac, saya membawa anak sulung saya Mujahid sertai. Harapan agar beliau , yang juga ahli JIM Pulau Pinang, merasai kebersamaan dalam program JIM & program rasmi kerajaan.

Kami bertolak awal bersama YDP JIM SPU, Yusof Zaki. Nampaknya hanya kami berdua dewasa dan lima orang remaja mewakili JIM SPU tahun ni. Tahun ini, penyertaan ahli JIM tidak seramai tahun lalu. Mungkin ada yang sibuk dan ada juga yang berpendapat tidak sunnah.

Bagi saya, JIM sertai perarakan untuk menunjukkan kebersamaan NGO Islam menyokong program-program Islam Kerajaan Pakatan Rakyat. Kita bermu’ayashah dengan sesiapa sahaja di sana. Perkenalkan nama JIM dan misi dakwah juga boleh dilakukan.

FORUM dan Perjumpaan dengan YB Abd Malek

Petang pula, di Permatang Pauh , Pusat Tafaqquh al Ghazali, pusat kuliah yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama P Pinang, menjadi lokasi mesyuarat FORUM Penyelarasan Umat P Pinang. Mempengerusikan mesyuarat dan mengambil minit....tough tu! Tapi itulah yang saya perlu buat untuk meng’hidup’kan FORUM ni. Masing-masing menolak kerja-kerja tambahan. Namun, berasa lega apabila tuan Haji Mutallib dari TERAS merasa seronok lagi dengan FORUM ni, apabila ada minit mesyuarat.

Mesyuarat dihadiri oleh Dr Roslan, Najib KRJ, Nizam, Shamsul API, Izat PUM, Ust Nordin Hafiz BADAI, Hj Mutallib TERAS, Ust Wahab IQ dan Mohd Akhir HALUAN. Kami membincangkan tentang program Wacana Pemikiran Umar Abdul Aziz, masalah pelarian Rohingya dan Inter-Religious Dialogue.

Yang menjadi fokus ialah persediaan untuk bertemu dengan YB Abd Malik, exco agama yang baru dilantik, menggantikan YB Fairus. Kami menggariskan topik perbincangan utama iaitu isu YDP MAIPP, program imarah masjid, ruang-ruang exco agama boleh bantu NGO-NGO Islam, penjelasan mengenai Inter-religious goodwill council (IRGC) dan isu pelarian Rohingya.

Jadi, kami bertemulah dengan YB Malek pada 12hb Mac , kebetulan tarikh yang sama tahun lalu FORUM bertemu dengan YAB Lim Guan Eng! Perbincangan kami selama 1 jam lebih, kami dimaklumkan tentang pertukaran pimpinan MAIPP. ”Tak lama lagi...” janji YB Malek. Beliau dilihat lebih on-the-ground berbanding exco yang terdahulu, ie. berjumpa sendiri dengan pegawai-pegawai JAIP dan MAIPP, bukan memanggil mereka ke pejabatnya.

Bagi saya, YB Malek lebih mudah didekati dan saya yakin banyak engagement yang boleh kita buat dengan exco agama ini. Mudah-mudahan, Allah permudahkan. Jumpa lagi.

Posted by JIM PULAU PINANG Thursday, March 19, 2009 0 comments
















Gambar-gambar sumbangan Yusof Zaki.

Posted by JIM PULAU PINANG Monday, March 9, 2009 0 comments


Malam Himpunan Ummah (HIMMAH) Berjaya menyatukan NGO Islam Pulau Pinang
Malam Himpunan Ummah, Selamatkan Gaza (HIMMAH) telah berlangsung di Dewan Milenium, Kepala Batas, Ahad:1 Feb 2008. Penganjuran oleh 25 gabungan NGO antaranya ABIM, API, PUM, JIM, ISMA, IQ, IPCI, TERAS, YMSC, SUFI, BKAIP, ISRA dan BADAI telah berjaya menhimpunkan seramai 6000 orang

Penganjur berharapkan program ini sebagai program kemuncak menanam kesedaran di kalangan umat Islam di Pulau Pinang tentang kezaliman Zionis dan keperitan saudara se Islam di Gaza.

Perhimpunan dimulakan dengan solat maghrib dan solat hajat berjemaah diimamkan oleh Ust Hafiz Nordin diikuti dengan tazkirah. Solat Isyak dan qunut nazilah pula telah diimamkan oleh Dato Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang.

Majlis seterusnya didahului dengan bacaan Quran oleh Johan Akademi Al Quran TV9 saudara Fakhrul Radzi. Ucapan pengarah program Prof Madya Dr Mohd Roslan bin Hashim, ahli jawatankuasa JIM Pulau Pinang, mengungkap penderitaan rakyat Palestin ini sejak 61 tahun yang lalu.
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang SS Dato' Hj Hassan bin Ahmad memulakan bicara dengan suara yang sebak. Beliau kemudiannya menegaskan bahawa Dr Yusuf Qardhawi meletakkan jihad minima bagi seluruh umat dengan memboikot barangan keluaran Israel dan Amerika sebagai Fardhu Ain. Satu riyal pembelian barangan mereka sama seperti memberikan satu peluru yang kemudiannya digunakan oleh askar Israel untuk membunuh rakyat Palestin.
Ucapan dari Ust Mutalib Maarof, Mudir Madrasah An Nahdhoh, Kubang Semang membuka seerah Nabi menebang pokok tamar ketika memerangi kaum yahudi kerana tamar adalah sumber pendapatan yang kukuh bagi kaum Yahudi. Maka berpandukan seerah ini Amerika adalah tali barut kepada Israel. Maka wajib bagi umat Islam memboikot demi melumpuhkan ekonomi mereka sekaligus akan melemahkan mereka.
Dr Danial yang memang dikenali sebagai pemidato berfakta menghurai perbezaan antara Yahudi dengan rejim Zionis. Zionis yang kita perangi sekarang ini berkiblatkan kitab Tarmut yang mengatakan bahawa Yahudi adalah umat 1st class di dunia ini. Bangsa lain hanya setaraf dengan anjing. Zionis akan menangis dan menembak. Menangis memberitahu dunia bahawa mereka sebenarnya di aniaya oleh Hamas. Mereka menembak Palestin kononnya untuk mempertahankan diri. Dunia sebenarnya ditipu oleh Zionis!
Dr Danial dengan tegas dan keras mengajak mereka-mereka yang masih tegar dengan tabiat merokok supaya menghentikan tabiat membazir ini. Ianya bukan sahaja telah difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan malah rokok itu sebenarnya adalah produk milik Phillip Morris yang juga rakyat Amerika dan penyumbang kepada kewangan Israel. Jangan biarkan bibir yang melaknati Israel tetapi di ketika yang sama di celahnya tersangkut sepuntung rokok yang sedang membakar wang ringgit titik peluh sendiri dan asapnya dihantar untuk membakar rakyat Palestin. Ucapan dari salah seorang anak tempatan Gaza yang belajar di Malaysia tapi kini tidak dapat pulang semula ke Gaza mendedahkan birokrasi oleh Mesir dan Jordan yang mengaku negara Islam. Audien juga dipaparkan dengan tayangan video yang menggambarkan kesengsaraan anak-anak Palestin.
Tidak ketinggalan penasyid Nazrey Johani mengisi malam HIMMAH ini dengan menyuntik kesyahduan jihad lewat lirik yang bernas dalam lagu-lagunya. Marilah kita terus istiqamah dalam memboikot barangan Amerika dan Israel, disamping berdoa semoga Allah kurniakan kejayaan akhirnya kepada mereka.

Acara diakhiri dengan bacaan ikrar oleh semua ketua-ketua NGO diketuai oleh Setiausaha ABIM Pulau Pinang, saudara Syed Mikail.
Sumbangan yang berjaya dikumpul ialah RM33,000.00 dengan beberapa sumbangan lagi akan menyusul.

Posted by JIM PULAU PINANG 0 comments