JIMedia Pulau Pinang akan menganjurkan Bengkel 4 jam bersama Dr Hishamuddin Alham di Ibu Pejabat JIM Pulau Pinang. Kami menjemput semua wakil Media daerah Pulau Pinang, JIMedia Kedah, JIM Media Perlis menyertai bengkel ini.

Hari: Sabtu
Tarikh: 21 November 2009
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tgh
Tempat: Pejabat JIM Pulau Pinang.
Pengajar: Dr Hishamuddin bin Alham
Yuran: RM50 seorang
Capacity: Min 10 dan maksimum 20 orang

Peralatan yang perlu di bawa:
Laptop sahaja.
Kalau ada multiple power extension di alu-alukan.
Perisian akan diberikan percuma.
Untuk makluman Sony Vegas 7 tidak berapa serasi dengan Window Vista.
Pastikan anda menggunakan Windows XP sebagai operating system.

Apa yang akan diajar Insya Allah:
- Pengenalan kepada Dakwah dalam Era Multimedia
- Installating Vegas 7
- Bagaimana nak masukkan gambar, video dan teks.
- Bagaimana hendak mendapatkan rakaman ceramah yang kualiti dengan trick dubbing
- Bagaimana nak sediakan simple montaj
- Bagaimana nak masukkan suara latar dalam sesuatu filem dokumentari.

Contoh klip movie yg dihasilkan dari Sony Vages boleh didapati di blog JIM http://jimpulaupinang.blogspot.com/


Peta ke pejabat JIM seperti dibawah:-

Hubungi Ikhwan (0194101577), Izuan (0125726242)

Posted by JIM PULAU PINANG Saturday, November 14, 2009 2 comments


SEMINAR UNTUK IBUBAPA DAN ANAK REMAJA KHASNYA.

Maklumat Lanjut seperti dibawah:-

Masa : 8:30pagi - 1:00 tengahari

Tarikh : Ahad 22 November 2009

Peserta : Terbuka kepada semua kaum, khasnya buat ahli-ahli JIM

Tempat : Dewan Zamrud 1, Hotel Seri Malaysia Kepala Batas

Yuran istimewa : RM10.00 sahaja untuk ceramah, forum, minum pagi dan makan tengahari.

Pendaftaran : Boleh dibuat terus di JIMPP ini, akan direkodkan atau terus SMS

ke nombor 013 4532240, 0194756474, 0126925029

Tarikh tutup : 18 November 2009.

Mohon Kerjasama semua YDP daerah untuk mengerah kehadiran dari daerah antum.

AJK Promosi: Zaiton Abdullah 0134851368, untuk pertanyaan.

Posted by JIM PULAU PINANG 0 comments

11 November 2009/23 Zulkaedah 1430

PENJELASAN TERHADAP ISU DR ASRI

Isu yang berkisar tentang Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan PGSM masih belum menemui jalan penyelesaian. Dalam pada itu, pelbagai kekeliruan timbul tentang pendirian NGO Islam terhadap isu berkenaan. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) ingin membuat beberapa penjelasan dan mengemukakan cadangan.

1. JIM tetap berpendirian bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan NGO Islam yang lain bersetuju memberikan pandangan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong supaya Dr Mohd Asri tidak dilantik sebagai YDP YADIM. Berdasarkan pendirian inilah JIM turut disenaraikan sebagai penyokong memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

2. Walau bagaimanapun, JIM tidak selesa dan kesal dengan beberapa pertuduhan terhadap Dr Mohd Asri yang terdapat dalam memorandum tersebut. Ia seharusnya memerlukan kepada proses yang berhemah dan berhati-hati tanpa menzalimi mana-mana pihak. JIM tidak menerima deraf memorandum sebelum dihantar kepada Yang DiPertuan Agong. Pendirian JIM ini telah disampaikan dalam mesyuarat NGO-NGO Islam pada 6 November 2009.

Oleh itu JIM mengambil sikap “tawakuf” yakni berkecuali buat masa ini (“suspend judgement”), terhadap segala tuduhan yang ditimbulkan dalam memorandum tersebut.

3. Sehubungan itu, JIM dan semua NGO Islam yang lain telah bersepakat dalam mesyuarat pada 6 November 2009 supaya menumpu kepada jalan penyelesaian dengan diadakan satu majlis permuafakatan atau dailog ilmiah secara bersemuka dan tertutup agar hujah-hujah dapat disampaikan dalam suasana yang baik dan tenang serta dalam semangat mengangkat kekeliruan umat terhadap isu tersebut.

4. Turut dicadangkan ialah majlis tersebut dimudahcara oleh tokoh agama dan cendiakawan Islam yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Malah JIM bersedia mengambil inisiatif mengaturnya. JIM berharap kaedah ini boleh merungkai permasalahan dan inilah tuntutan Allah swt dalam Al-Qur’an, surah An-Nisa’ ayat ke-59.

5. Kehadiran JIM dalam sidang media bersama PGSM pada 6 November 2009 adalah untuk menjelaskan perkara 3 dan 4 di atas. Perlu ditegaskan bahawa JIM tidak terbabit dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh PGSM pada hari tersebut walaupun dilihat bersama semasa sidang media. Pada sidang media tersebut, JIM telah mengeluarkan kenyataannya sendiri yang turut dipersetujui NGO Islam yang lain dengan menyebutkan perkara 3 dan 4 di atas.


HJ ZAID KAMARUDDIN
Presiden JIM

Posted by JIM PULAU PINANG Thursday, November 12, 2009 0 comments



Al Quran & Kita

Manusia seringkali memerlukan panduan dalam segala urusan, renungkanlah bagaimana seandainya peralatan atau barangan yang dibeli tidak disertakan manual atau bahan yang mengajar kita cara mengoperasikan peralatan tersebut sudah pasti akan berakhir dengan keresahan dan perasaan hampa serta kecewa. Paling malang seandainya peralatan yang dioperasikan tidak berfungsi sebagaimana yang diharapkan. Begitulah manusia sentiasa memerlukan panduan dan petunjuk agar kita tidak tersalah dan tersilap dalam menjalankan sesuatu perkara. Namun ramai manusia yang tidak sedar bahawa begitulah jua kehidupan ini, kita memerlukan panduan dan manual yang dapat memandu dan memimpin kearah mencapai kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Sedarkah kita bahawa panduan bagi kehidupan di dunia ini hanyalah Al-Quran.

“Tetapi kami jadikan Al-Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus” (As-Syura:52)

Sewajarnyalah Al-Quran ini dijadikan tempat rujukan segala sesuatu kerana ia mengandungi kalimah-kalimah yang benar daripada Allah S.W.T yang dipelihara daripada sebarang perubahan walau masa dan zaman berlalu tidak sebagaimana yang berlaku pada Kitab taurat dan Injil yang telah diubah dan disunting bagi memenuhi kehendak hawa nafsu manusia. Apabila perkara ini berlaku kita dapat melihat bahawa agama dipandu oleh manusia yang tidak mengetahui apakah yang terbaik bagi manusia itu sendiri.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kami yang memeliharanya” (Al-Hijr:9)

Al Quran merupakan wahyu Allah yang tersusun rapi yang tidak patut diragui oleh mereka yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T sebagaimana yang dirakamkan dalam Surah Al-Baqarah : 2,
"tiadalah sebarang keraguan didalamnya."
Seharusnya sebagai manusia yang beriman adalah tidak patut dan tidak wajar timbul kesangsian akan kebenaran Al-Quran, ia sewajarnya menjadi rujukan sepanjang masa dan ketika, dan apabila kita tersesat atau kebuntuan Al-Quran lah tempat kembali mencari jawapan dan penyelesaian. Tiadalah sesuatu sistem yang sempurna yang dapat menandingi kesempurnaan sistem yang terkandung didalam alquran, namun mengapakah kita masih mencari panduan dan mendampingin rujukan selain daripadanya , renungkanlah bersama…
Wallahuaklam.

Sumbangan dari ahli Usrah Belia SPS

Posted by JIM PULAU PINANG 0 comments

JIMPP mengucapkan selamat berangkat kepada rombongan ke-3 Misi Kasih Padang.

Aktiviti disepanjang 6 hari disana akan update didalam blog JIMPP.

Ahli JIM Pulau Pinang sila layari Blog JIM Pulau Pinang di alamat berikut

http://jimpulaupinang.blogspot. com.

Ahli JIMPP untuk menghantar rombongan ke Padang pada jam 7:30 pagi.

Di Airport Bayan Lepas.

4 orang wakil JIMPP ke Misi MKP 3 mulai (7-13 November 2009)

Dari kiri Pak Lang Mansur (Rakan JIM dari Sik Kedah), Dr Hj Roslan (Ketua Misi),

Izuan (JIMTL) dan Saiful Imran B. Hj Rusli (Anak Rusli Rashid JIMTL)

JIMPP mengucapkan selamat berangkat kepada rombongan MKP ke-3

Selamat pergi dan balik.

Wassalam

YDP JIMBD

Posted by JIM PULAU PINANG Thursday, November 5, 2009 0 comments

Ceramah motivasi Dr Danial 7 November telah berlangsung di Surau An Nur, Lebuh Nipah dengan jayanya. Seramai 80 peserta dari seluruh negeri Pulau Pinang telah mengikuti sessi ceramah ini.

Sessi Pengenalan KRJ serta pengenalan usrah diberikan kepada semua peserta bagi memperkenalkan KRJ secara khusus kepada anak-anak remaja ini. Pengarah KRJ negeri Saudara Shahidan telah memberi ucapan dan kata aluan didalam program tersebut.

Antara yang mendaftar

Ceramah oleh Dr Danial

Ucapan Pengerusi KRJ Negeri Pulau Pinang





Nik Aufa (aktivis KRJ SPS) bersama peserta SPS

Sumber berita ini dipetik daripada JIM Timur Laut.

Posted by JIM PULAU PINANG 0 comments

3 November 2009/15 Zulkaedah 1430

JIM PERSOAL KAEDAH PENANGKAPAN BEKAS MUFTI PERLIS

Pada hari Ahad, 1 November 2009, negara dikejutkan dengan penangkapan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan bantuan Polis di sebuah rumah banglo di Hulu Kelang. Penangkapan dilakukan atas dakwaan bahawa Dr Asri tidak mempunyai tauliah ketika beliau menyampaikan kuliah agama kepada lebih kurang 300 orang di rumah berkenaan.

Dr Asri bukan sahaja seorang ilmuan Islam dengan kelulusan ijazah doktor falsafah dalam pengajian Al-Qur’an dan sunnah, beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis dan merupakan pensyarah bahagian pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia .

Berikutan penangkapan tersebut, pelbagai pihak telah mempertikaikan cara penangkapan dilakukan. Menurut laporan-laporan media, beliau ditahan pada jam 12.10 tengah malam dan dibawa ke Balai Polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 1.10 pagi. Beliau kemudian diarah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9.00 pagi keesokkannya untuk dituduh. Namun setelah disemak peguam beliau, didapati bahawa tiada pendakwaan telah difailkan di mahkamah. Beliau akhirnya dibebaskan pada kira-kira jam 12.30 tengahari dengan jaminan JAIS tanpa sebarang pendakwaan tetapi boleh dipanggil oleh JAIS pada bila-bila masa untuk siasatan lanjut.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Dr Asri di minta ke mahkamah bukan untuk didakwa tetapi untuk jaminan bon bagi melanjutkan tempoh siasatan. Menurutnya lagi, Dr Asri akan didakwa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. Katanya, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mempersoalkan kaedah penangkapan yang dilakukan. Mengapakah beliau ditahan secara mengejut dan mengaibkan seperti penjenayah besar sedangkan beliau boleh dipanggil dengan cara yang lebih profesional dan hormat untuk bertemu JAIS atau mana-mana pihak berkuasa? Pengarah JAIS sendiri menyatakan bahawa Dr. Asri telah lama dipantau. Mengapakah pula tiada pertuduhan atau pendakwaan difailkan di mahkamah sedangkan tangkapan telah dibuat pada hari sebelumnya? Apakah motif di sebalik penahanan begini?

JIM melihat bahawa adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam apabila berselisih untuk mereka kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah.

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)

Apatah lagi sekiranya perkara yang diperselisihkan itu adalah perkara yang boleh diselesaikan secara musyawarah dan tidak perlu dibawa ke mahkamah.

JIM berpendapat bahawa sewajarnya JAIS lebih berhemah dalam membuat penangkapan dan pertuduhan terhadap sesiapa juga tidak kira rakyat biasa atau seorang bekas Mufti kerana dikuatiri tindakan mereka boleh mengakibatkan salah tafsir atau boleh mencacatkan sistem keadilan Islam itu sendiri. Dalam melaksanakan tindakan, sandaran Al-Qur’an dan sunnah harus dijadikan panduan selain mengambil pendekatan kaedah-kaedah fiqh seperti Al-Aslu bara’atu zimmah iaitu seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Di samping itu, keadilan bukan sahaja dilaksanakan tetapi harus dilihat dilaksanakan dalam proses dan prosidur berkaitannya.

JIM berharap JAIS akan bersikap amanah, jujur dan profesional dalam melaksanakan siasatan yang bebas, adil dan telus ke atas Dr Asri. Pemeliharaan keadilan dan hak asasi serta karamah insan haruslah menjadi pegangan.

JIM juga mengesyorkan supaya JAIS mengambil kesempatan ini untuk meneliti semula Enakmen-enakmen Pentadbiran Agama Islam yang bersifat subjektif supaya ia tidak mengekang pengembangan ilmu yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam.

Sekian. Terima kasih.

HJ ZAID KAMARUDDIN

Presiden

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

Posted by JIM PULAU PINANG Wednesday, November 4, 2009 0 comments



Sedang berlangsung MPN JIMPP di Bilik Balik Pulau, Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang.
YDP JIM PP baru sahaja menyampaikan Ucapan Dasar beliau.

Di antara pesanan beliau:

Make Things happen....

Pra Syarat:
Berjiwa besar dalam berjamaah
Lupakan perkara titik bengik
Berlapang dada dengan perbezaan
Bekerjasama dengan persamaan
Bila dah syura, patuh walaupun tak setuju


Penghargaan kepada semua AJK Negeri.
Syabas kepada Wanita (capai 3.09 KPI RJIM2) dan tahniah kepada Daerah yang berjaya.
Memohon maaf atas kekurangan sebagai YDP.
Pilihlah Pimpinan dengan bertanggungjawab,

YDP ABIM turut sama dalam majlis perasmian pagi ini. Mesyuarat dirasmikan oleh Profesor Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj, Ketua Wanita JIM Pusat.

Jazakillahu khairan Dr Har di atas kesudian berkongsi pengalaman beliau di Capetown dan pengisian ucapan perasmian yang tersusun dan akan menjadi panduan kami meneruskan aktivisme JIM seterusnya.

Posted by Zahpp Saturday, October 17, 2009 0 comments

Alhamdulillahi Robbil Alaamin. Selawat dan salam atas Junjungan Besar s.a.w., ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekaliannya.

Ikhwah dan akhawat sekalian.

Bersyukur kpd ilahi atas limpah rahmat Nya kita telah menikmati curahan berkat dan rahmat sepanjang 27 hari Ramadhan. Sudah pasti ikhwah dan akhawat sekalian sedang istabiqul khairaat di 10 malam terakhir ini. Samada Lailatul Qadr telah datang atau tidak, yang penting kita terus menghambakan diri kita bukan sahaja di akhir-akhir ramadhan, malahan hari-hari yang mendatang. Kerana kita bukan `Ibaadur Ramadhan tetapi `Ibaadur Rahmaan.

Mudah-mudahan tarbiah Ramadhan kali ini melonjakkan iman dan taqwa kita yang kita terjemahkan dengan
1) amal-amal soleh di medan pemantauan MAFREL dan kempen PRK Permatang Pasir.
2) Kita imarahkan ramadhan dan iktikaf di surau dan masjid setiap malam.
3) Meng'ihya'kan ramadhan bersama keluarga di rumah,kurang menonton TV, banyak membaca Quran.
4) Insaf dengan keperitan orang Islam yang miskin melalui program sumbangan wang ringgit kepada masyarakat
5) Mengorbankan bajet raya untuk di infaq kan kepada sahabat-sahabat ahli jamaah kita yang ditimpa musibah
6) Menyerlahkan akhlaq murni dan dakwah di medan sosio-politik mutakhir ini bersama parti-parti politik dan NGO-NGO Islam Pulau Pinang.

Mudah-mudahan amal-amal ini melepasi malaikat yang menjaga langit ke tujuh iaitu hanya amal-amal yang ikhlas sahaja yang diterima oleh Allah taala. Sudah pasti kita menyesal kerana amal-amal ini dirasakan patut boleh buat lebih lagi dan berkualiti lagi.

Ikhawah dan akhawat yang dikasihi.

Sudah tentu banyak perancangan dibuat sempena meyambut hari raya. Di akhir Ramadhan ini, saya memesan diri saya dan ikhwah akhawat supaya bangun malam pada malam 1 Syawal. Mohonlah agar Allah beri hidayah untuk kita besatu kembali, kekuatan 'izzah dan fizikal untuk terus istiqamah dalam perjuangan. Berterusan taqwa kita dan semakin rapat kita dengan al Quran.

Bagi ikhwah sekeluarga yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Kadang-kadang kita mengamalkan memandu berhemah (defensive driving) , tetapi kecuaian pengguna lain inilah yang mengancam kita. Pastikan kita bukan ancaman di jalanraya dan tidak menjadi statistik kemalangan jalanraya tahun ini.

Berpada-pada dengan budaya hedonisme semasa menyambut hari lebaran. Banyakkan kunjung mengunjungi, yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan. Ambil peluang tingkatkan PR dengan masyarakat. Sambil menikmati juadah hari raya berjaga-jagalah terutama yang ada rekod kesihatan yang tidak ceria. Jangan lupa kalau ada rumah terbuka jemput-jemputlah sahabat-sahabat. Kalau tak banyak, jamuan sederhana pun sahabat-sahabat tak kisah.

Akhir sekali, sebagai YDP saya memohon ampun dan maaf atas kekasaran saya berbahasa, kelalaian dalam hal ehwal kebajikan sahabat, ketidakhadiran saya ke program dan ke'bisu'an saya dalam hal-hal yang remeh.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Taqobballahu minna wa minkum. Taqobbal ya kareem.

Posted by JIM PULAU PINANG Thursday, September 17, 2009 0 comments

Salam,

Sambung dari lintasan hati saya dalam blog sebelum ni...
Masa YDP atau SU Daerah mengisi jadual RJIM2 tu, ada tak timbul rasa pertanggungjawaban bila melihat pencapaian RJIM 2 yang berwarna merah : ”belum ada perancangan”?

Kalau ada rasa bersalah tu, sekurang-kurangnya saya tak bersendirian. Pada hari Muzakarah tu, saya rasa tak selesa bila disoal oleh Hj Nahar, ”Pulau Pinang kenapa score KPI TPSM 1.1.4.3 warna merah ni?” Saya ni jenis tak reti nak beri excuse walaupun sebenarnya TPSM tak beri tumpuan kepada modul kepimpinan kerana setiap bulan ada daurah nuqaba. Saya hanya senyum walaupun rasa malu tidak dapat memberi alasan. ”Yang penting, kutip pengajaran-pengajaran muzakarah ni bawa balik ke Pulau Pinang.” bisik hati saya.

Yang saya kureng senang sikit tu, banding dengan negeri-negeri lain, boleh pulak dapat warna biru ( bermaksud, sedang berjalan belum capai sasaran lagi). Maknanya, mesti ada yang tak kena pada penggerak JIM Pulau Pinang ni. Balik ni, saya akan adakan siri mini muzakarah dengan penggerak JIM mengikut KRA. Mula dengan KRA Tarbiah dan Pembangunan Sumber Manusia. Sebab TPSM ni asas kepada sokongan massa.

Kemudian saya nak tengok pelapis pulak, ke mana hala tuju KRJ, Belia dan IPT. Banyak sangat jaringan (score) berwarna merah ni!! Satu lagi KPI yang tak bergerak lagi ialah Media dan Penempatan Strategik.

Pengharapan saya ialah, semoga penggerak JIM Negeri dan Daerah dapat bersabar dengan saya untuk melepasi siri mengodit KRA-KRA ini. Insya Allah, saya yakin kalau kita teliti bersama pencapaian-pencapaian RJIM 2 ini bukan sahaja kita dapat tanam budaya merancang malahan pendekatan merancang songsang mampu dikikis buang.

Posted by JIM PULAU PINANG Wednesday, July 22, 2009 0 comments



Salam,

“Jangan lupa 4hb. Julai, ada muzakarah nasional RJIM2, jumpa anta lagi…”ujar Haji Nahar semasa jumpa beliau di Kuala Lumpur bulan lalu.

Saya sempat memesan kepada YDP-YDP Daerah dua minggu lebih awal supaya mula kemaskini pencapaian RJIM2 masing-masing. “Saya nak format RJIM2 ni dijadikan laporan setara untuk semua Mesyuarat Agung Daerah tahun ini.” saya ingatkan mereka semasa mesyuarat JIM Negeri baru-baru ni. Alhamdulillah, saya dapat laporan prestasi RJIM 2 dari semua Daerah kecuali Seberang Perai Selatan(SPS). Saya yakin mereka di SPS telah berbincang, Cuma tak sempat nak selesaikan lagi.

Tanggal 4hb.Julai, pukul 4.20 pagi saya tiba di R&R Juru, tempat kami berkumpul untuk menaiki kereta Honda Stream Isahak ke Kuala Lumpur. Nampaknya ini kali ketiga dalam masa sebulan saya bersama Rosli Rashid dan Fauziah ke Kuala Lumpur. Dr Hashimah juga turut serta sebagai setiausaha Wanita Negeri, Fauziah pula mewakili Ketua Wanita Negeri, sementara Rosli menemani sebagai suami yang setia. Bagus betul depa ni. Pasangan bahagia!

Jam 8.45pagi kami tiba di UIA, Gombak. Antara yang awal sampai. Nampaknya semua wakil negeri hadir kecuali Kedah dan Sabah. Muzakarah dimulakan dengan peringatan tentang ayat-ayat panggilan jihad dari surah at Taubah: 38 -45. Terjemahan ayat ini begitu mengetuk hati saya, “Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.”

Presiden mengimbau kembali kami tentang matlamat RJIM 2 iaitu: Mewujudkan Barisan Umat Islam Yang Melindungi Manusia dan Alam Berasaskan Syariah Islam. Beliau menyaran budaya merancang perlu diteruskan. Kerja kita besar...masa dan tenaga kecil....peluang terhad...dan musuh berencana. Akhir ucapannya, “Mari kita ra’ikan,
1. hala tuju yang jelas
2. perancangan yang tepat
3. pencatasan KPI yang meragukan, elak bazir sumber dan masa
4. perancangan yang tidak songsang
5. pencapaian yang sebenar .“

Yang menarik perhatian saya ialah perkara no.4 tu. Dengan budaya perancangan yang betul, kita tidak lagi buat aktiviti dulu, baru masuk dalam perancangan. Ini yang dikatakan perancangan songsang. Saya rasa JIM Daerah di Pulau Pinang tak lagi buat perkara ni. Kalau ada lagi, tolong nyah kan.

Alhamdulillah! Pulau Pinang adalah antara 3 negeri yang berjaya mengabung-mampatkan ...( consolidate la!) pencapaian RJIM2 negeri dengan daerah-daerah. Ini memberi gambaran sebenar pencapaian tapi ada disadvantage nya. Setengah-setengah KPI tu, rasa nya Negeri dah score. Disebabkan ada Daerah-daerah yang tak perform, maka markah jadi rendah. Sebaliknya, ada KPI yang Negeri ambil syafaat dari pencapaian Daerah. Ke depan ni, saya akan buat dua pencapaian berasingan. Satu RJIM2 Negeri stand alone dan satu lagi gabungan Daerah-daerah.

Satu persoalan yang terlintas di fikiran saya. Masa YDP atau SU Daerah kemaskini RJIM2 Daerah, terfikir ke...oh! KPI yang ni tak buat lagi. ..yang itu baru buat sikit...KPI ni kena buat buat juga ke?? dsb.

Tu dulu...sambung lagi.

Posted by JIM PULAU PINANG Tuesday, July 7, 2009 0 comments




Salam,

Pada hari Rabu yang lalu 17hb, saya menerima panggilan telefon dari nombor yang tak saya kenali, ”Ini Encik Jamaluddin ke? ..Saya Sulaiman dari Institusi Kemajuan Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam…”

Beliau mendapat nombor telefon bimbit saya dari YDP ABIM P Pinang, Ustaz Zayd. Jazakallahu khairan, Ustaz Zayd. “Kami ada pelatih-pelatih …depa ni ada yang tak solat….akhlaq pun tak berapa elok..” . Fahamlah maksudnya, pelatih-pelatih ni perlukan motivasi rohani. Dalam kepala saya, tak ada yang terlintas di fikiran saya melainkan program KBM.

Bukan sahaja En.Sulaiman mahukan suntikan dari JIM malahan juga dari ABIM. Inilah untungnya penglibatan JIM di dalam FORUM NGO Islam P. Pinang. Saya tak berlengah terus beri alamat dan nombor faks pejabat JIM kepadanya. ”Nanti saya jemput JIM ke mesyuarat IKBN”, ujarnya. Ini peluang JIM menembusi IKBN

Mereka di luar sana tercari-cari suluhan nur hidayah dalam kegelapan. Mudah-mudahan JIM P Pinang dapat memberi yang terbaik. Ya, semua ahli JIM mesti berikan yang terbaik apabila berkhidmat kepada masyarakat. Pendekata delivery JIM mesti kemas dan indah. Tak kemas kalau hati tak bersungguh dan ikhlas. Tak indah kalau fikrah Islam tak terserlah.

Bila masyarakat melihat performance kita meyakinkan. Produk dakwah kita relevant. Barulah mereka mudah menerima kita. Bila mereka terima kita, mereka serah kepercayaan kepada dakwah dan fikrah kita. Senanglah kita membungkah kehinaan nafsu dan dunia keluar dari hati mereka. Mudahlah kita mengisi aqidah salimah ke dalam jiwa-jiwa insan.

Saya pasti pasukan KBM Pulau Pinang bersedia dipanggil untuk menyentuh hati-hati mereka. Namun, apakah cukup dengan relung belia pelatih sahaja. Bagaimana dengan ayah ibu mereka? Bagaimana dengan kemelut Mat Rempit dan gejala bohsia? Tak kurang kes-kes rumah tangga keluarga muda yang pendek umur. Ramai yang perlu santunan dakwah kita. Mereka tidak tahu kelambu yang mereka diami terbakar dan semakin mengancam mereka. Banyak peluang-peluang perkhidmatan yang boleh kita sumbangkan di luar sana.

Persoalannya, samada kita sanggup ke tidak memacu JIM menerobos masyarakat.
Ya Allah! Ampunilah dosa-dosa kami dan Engkau terimalah usaha kecil ini sebagai titik-titik awal pengenalan dakwah kami. Moga-moga mereka nanti menjadi penyokong dan pendokong fikrah yang mulia ini.

Amiin, ya rabbal alamin.

Posted by JIM PULAU PINANG Monday, June 29, 2009 0 comments




Salam,

Pendek cerita, kami turun ikut jalan terus ke Bentong. Akhirnya pukul 10.30 pagi kami tiba. Lega rasanya, dapat temui sahabat-sahabat! Saya disambut mesra oleh AJK Pusat. ”Macamana boleh sesat?”, soalan yang common kepada kami. Tanpa menunggu lama, puteri PERKASA P Pinang terus sertai kumpulan. Masa kami tiba peserta PERKASA sedang melalui explorace berhalangan. 4 pasukan wanita dan 4 pasukan lelaki bersaing. Siapa yang paling banyak menyiapkan tugasan checkpoint dan selesai halangan-halangan fizikal, merekalah paling banyak markah.

Saya dan AJK Pusat ditugaskan sebagai fasilitator. Setiap fasilitator diberi tugasan sebagai mentor kepada kumpulan-kumpulan. Saya, saudara Nahar dan Hj Azmi YDP Melaka menjadi mentor kepada kumpulan keempat, Al-Fateh. Tepat pukul 12 tengahari semua 8 kumpulan diberi 4 periuk, 4 senduk, 8 ekor ayam, kicap, bawang dan rempah-rempah. Tugas mereka ialah sediakan masakan lauk makan tengahari. Gelagat peserta muda ni memang lucu. Macam-macam jenama masakan yang saya belajar. Serbuk kurma digaul dengan serbuk kari dan diserikan dengan kicap secukup rasa....KURMARICAP!

”Apa yang penting...?”, teriak Tok Penghulu, Hanuar dari Melaka. ”Kerje..sama!” Sahutan semangat oleh para peserta. Petangnya, para peserta diberi motivasi mengenai kerja berkumpulan, pentingnya kepemimipinan dan apa lesson learned semasa aktiviti pagi tadi. Saudara Hafiz dan KK, Ir Zairul mengendalikan program dengan baik. Setiap wakil kumpulan memberi pandangan mereka. Kumpulan akhawat berjaya mewujudkan kerja berpasukan melampaui kumpulan masing-masing. Mereka sanggup kongsi periuk, ayam dan bahan-bahan yang diberi untuk masak gulai kari ayam. Rasanya memang macam mak saya masak.

”Semalam apa programnya?”, tanya saya kepada Shahidan. ”Oo.. pengisian best dari Presiden.” Presiden pesan kuasai ilmu-ilmu Islami. ”..semasa zaman pelajar di UK, ana habiskan membaca tafsir Ibnu Kathir, satu kitab hadith Muslim/Bukhari dan kitab sirah Ibnu Hisham...”. Masya Allah! Hebat akhi Zaid ni! Memang layak jadi pemimpin. Cabaran kepada peserta-peserta muda.Sedikit kesal terlepas sessi ucapan Presiden semalam.

Julat umur peserta PERKASA 2009 ni ialah antara 21 hingga 35 tahun. Majoriti umur peserta ialah di bawah 30 tahun. Selepas solat jamak maghrib dan isya, kami dihidangkan bermacam-macam persembahan kumpulan yang bertemakan kepimpinan, kerja berpasukan dan perjuangan. Persembahan cukup kreatif, lucu dan asli. Tak gering gusi saya melihat gelagat pelakon-pelakon muda ni. Ada narrator yang boleh rewind lakonan. Satu kumpulan berjaya memainkan watak ayam bandar, ayam kampung dan ayam herba. Semua berjaya mengajak hadirin berfikir dan mengambil pengajaran.

Malam tu, JKP cuba buat sedikit kejutan dengan ’mencolek’ Presiden dan Timbalannya. Nak uji reaksi spontan dan amal jamai ketua-ketua kumpulan. Alhamdulillah, mereka bermesyuarat dan mengatur langkah untuk mencari Presiden. Penganjur berpuas hati lantas meneruskan acara ’war game’.

”Alamak! Tidur pukul 1 pagi laa kita..!” Peluru-pelurunya belon diisi air sebanyak 80 biji satu kumpulan. Permainannya bermula lambat, sebab peserta ambil masa lama sangat untuk berbincang strategi. Ketua-ketua kumpulan ditawan siap-siap. Siapa yang dapat selamatkan kembali ketuanya dari tawanan , dikira menang. Pendeknya, mereka bertempur dalam kegelapan, penuh hati2 supaya tak hilang tawanan dan tak ramai yang ’syahid’.

Esoknya, dua pentazkirah dalam satu kuliah subuh. Pengisian dan Wan Am dan Dr Zulfaqar memang ’power’. Senaman pagi kreatif disusuli dengan senaman perut. Acara yang ditunggu-tunggu ialah acara bolasepak dalam air bersama-sama ahli JKP dan YDP. Akhawat pun teringin tapi mereka berlawan di gelanggang ’net ball’.

PERKASA kali ini memang bertepatan dengan aspek kritikal dalam kesinambungan kepimpinan JIM, iaitu penyediaan pimpinan Gen-Y. Suasana ukhuwah mudah terjalin walaupun saya hanya sempat sehari semalam dengan ahli JKP, YDP dan sebahagian para peserta muda-muda ni.

Harapan saya, dengan tips-tips, lesson learned dan bimbingan dari PERKASA ini pemuda-pemudi JIM dapat meningkatkan lagi komitmen, tingkatkan amal, banyakkan ilmu dan impian kita untuk merubah dunia akan dapat terus direncanakan dengan baik dan saksama.

Posted by JIM PULAU PINANG Sunday, June 21, 2009 0 comments

Salam,

Apabila membaca kertas kerja PERKASA 2009, saya tak memikir panjang untuk menyertainya sebagai fasilitator. Ya, saya prihatin untuk kelestarian kepemimpinan JIM ni. Tapi, nak dapat peserta muda ni, jenuh juga…Dalam sasaran saya, nama-nama pemimpin muda JIM Pulau Pinang ialah Ikhwan Mansor, Ust Nik Aufa dan isteri, Hafiz Kassim dan Khadijah, Shahidan, Yusri Yaakob (dah pindah), Salahuddin, Zabri, Azrul, Syed Faizal dan beberapa ahli JIM yang lain.

Tak semua yg dapat sertai PERKASA, namun mereka ni pasti akan melalui proses tarbiyah dan kerja amal jama’i. Mudah-mudahan ini dapat mematangkan mereka menjadi pemimpin organisasi nanti. Yang hadir ke perkhemahan peringkat nasional PERKASA tahun ini ialah anak usrah Yusni; Izuan, peguam muda; Sofee, Khaizul dari JIM SPT, Shazwani, Sharifah Shafiah, Nor Azlina, Ummi Hafizah dan Shahidan Saad.

Saya dan anak saya Aiman bersama Kak Mar Ketua Wanita JIM, menemani 4 org puteri P.Pinang ke PERKASA. Saya agak ralat apabila terpaksa menunggu sehingga 7.15 ptg baru boleh bertolak ke Dusun Eco Resort Bentong. Itu permulaan kepada ’pengembaraan’ kami. Kami tiba di jalan keluar Lebuh Raya ke Kuala Kubu Baru pada pukul 11 mlm. Saya terus memandu ke sana tanpa perasan jalan ke Lebuh Raya Karak ialah melalui Batang Kali.

Itu la.. Lain kali ikut jalan biasa.

Sampai di Kuala Kubu Baru, jam pukul 11.30mlm terus meluncur naik bukit. Nampak milestone di pinggir jalan bertulis ”Kuala Lipis 109km”. Rupa-rupanya kami berada di banjaran Titiwangsa! Di tengah-tengah malam menyusuri jalan curam dan bengkang bengkok rasa macam menuju ke tempat yang tiada penghujung. ”Dah silap jalan, ni..” bisik saya kepada Aiman. Hati saya sebenarnya, kecut juga! Tapi saja tak tunjuk. Nanti ’histeria’ pulak penumpang di belakang!

”Terus je ke Bukit Fraser..” desak hati saya. Tengah–tengah malam buta ni, saya rasa tak selamat untuk teruskan ke Bentong. Pendakian dengan kereta MPV saya terasa perlahan pulak. 7 km lagi nak tiba di kemuncak Bukit Fraser mengambil 30 minit. Saya tawakkal kepada Allah kerana kunjungan kami tidak dirancang, tapi kami perlukan tempat bermalam. Kalau tak, jenuh kena turun menyusur dalam kegelapan ke Bentong..!


Kuarters Polis pun jadi la..

Saya mencari hotel-hotel yang ada. Seperti yang saya jangka, hotel tiada kosong. Saya buat muka kesian pun, pegawai hotel buat dek.. je. Tengah-tengah malam terserempak pemuda-pemuda Melayu lepak di tepi jalan. Rupa-rupanya depa ni kakitangan polis.

Saya menceritakan masalah saya. Pemuda tu angguk mengerti. ”ya..ya..”. Rupa-rupanya dah biasa berjumpa dengan pengunjung sesat yang macam kami ni! Pendek cerita, kami dibawa ke rumah kuarters polis. ”Seratus ringgit, ok?” tanya pemuda tu. Saya, lebih dari OK la tu.. Alhamdulillah dapat tempat bermalam. Elok-elok 7 buah katil pulak tu! Tiada perasaan yang lebih sesuai selain rasa syukur kepada Allah. Semua kami selamat. Dapat tempat tidur selesa.

Pukul 1.00 pagi terima SMS dari Kem Komanden Ir Zairul. ”Anta kat mana sekarang ni?”


bersambung.....................


Posted by JIM PULAU PINANG Thursday, June 11, 2009 0 comments




Salam,

“We must hold a PC (Press Conference) this time…!”. Ungkapan Saudara Ong, koordinator Wilayah Utara MAFREL. Saya dengan berat hati mengangguk sahaja. Ya, pada misi pemantauan MAFREL di Bukit Selambau, kita tak sempat buat PC. Kali ni, di Penanti tak boleh menanti lagi...

Teks kenyataan akhbar, saya deraf dulu. Bukan reti pun...ikut sample kenyataan MAFREL yang dulu-dulu punya. Main redah je..lagi pun Tuan Syed Ibrahim , pengerusi MAFREL akan ulas dan edit. Teks dah siap, saudara Ong emel pada saya senarai akhbar sebanyak 18 semuanya. Patut-patut setiausaha Yusfizal la yang faks ni..Tapi, tak pa, lah! Kat rumah ada mesin faks, guna je lah. Saya faks dan tawakkal.

Tanggal 18hb Mei. Kami bergegas ke Pusat Operasi MAFREL Bukit Indera Muda sebab dah masuk maghrib dah ni. Tak ada siapa lagi di sana walau pun dah buka pejabat. Cepat-cepat naikkan banner MAFREL untuk backdrop. Saya dan Ong kemas bilik untuk menerima tetamu wartawan yang bakal mengunjungi nanti. Selepas solat, yang mula-mula sampai ialah jurukamera STAR.

”I’m sorry, I have to rush to another PC by calon bebas” Jadi, dia hanya ambil gambar sahaja. Lepas tu, mai pulak wartawan-wartawan lain. Saya kira satu persatu STAR, Bernama(Astro Awani), Oriental Daily, Nanyang, Kwong Wah, China Post, Utusan Melayu, Sinar Harian dan Malaysiakini. Sambutan dari media agak memberangsangkan kerana jarang2 MAFREL menerima kehadiran wartawan yg ramai.

Malam tu, saya dan rakan-rakan MAFREL, termasuk Dr Hashimah macam superstar! Pinau biji mata kami dek oleh camera flash yang bertalu-talu. Saya kira malam tu, sidang akhbar MAFREL berjaya menarik perhatian masyarakat kerana mendapat liputan akhbar on-line malaysiakini, Bernama dan Astro Awani. Akhbar Cina dan Sinar Harian pun tak ketinggalan.

Sebenarnya nak anjurkan sidang akhbar ni bukanlah sepayah mana. Kalau boleh saya senaraikan seperti berikut;
1. Deraf isi kandungan kenyataan akhbar dan minta ahli jawatankuasa ulas dan tambah.
2. Murnikan lagi isi setelah mendapat ulasan.
3. Dapatkan senarai nombor faks akhbar-akhbar, faks kepada mereka atau emel jika ada. Jika wartawan baru, jangan lupa sertakan peta lokasi.
4. Adakan kain rentang Sidang Akhbar Organisasi sebagai ‘back drop’ di dalam bilik sidang akhbar.
5. Pastikan ramai ahli-ahli jawatankuasa hadir sama.
6. Pada hari tersebut, pastikan ada banyak salinan teks kenyataan akhbar, kad-kad nama organisasi, nama jawatan dalam organisasi dan sedikit jamuan ringan.

Formula penting ialah kemahuan yang tinggi. Bila hubungan dengan mereka telah terjalin melalui sidang akhbar ini, mudah hendak buat hebahan. Kadang-kala faks kenyataan sahaja mencukupi mendapat liputan yang luas.

Jadi, selepas ni bolehlah JIM Pulau Pinang buat satu ....

Posted by JIM PULAU PINANG Sunday, June 7, 2009 0 comments

Salam,

Pada malam saya menulis ni, tinggal 7 hari lagi sebelum Hari Penamaan Calon DUN Penanti. Tak tau lah samada BN nak bertanding atau tak. Ada beza suasana kempen kalau BN turunkan calon atau tidak. Kalau BN bertanding, kempen mesti sakan. Kalau lawan antara PKR dan calon bebas, kita akan saksikan suasana kempen yang tak meriah buat pertama kali!

Apa-apa pun, MAFREL telah mula bermesyuarat pada 7hb Mei lagi. Alhamdulillah, kali ini saya dapat ‘delegate’ kerja-kerja ini kepada pelatih MAFREL yang berpengalaman. Saya bukan lagi pengarah misi pemantauan kali ini. AJK MAFREL kali ini 50% daripadanya adalah ahli JIM. Terima kasih saya ucapkan, kerana mengurangkan beban saya.

Bukannya apa, dalam tempoh yang sama, Jawatankuasa Tarbiah JIM Pusat mahukan 10 orang peserta dari JIM Pulau Pinang menyertai PERKASA 2009. Syaratnya peserta mesti berumur 35 tahun ke bawah dan sedang mengikuti usrah tahap 02. Pening kepala saya dibuatnya! Saya meng’agenda’kan PERKASA ini dalam mesyuarat JIM Negeri. Alhamdulillah YDP-YDP Daerah memberi komitmen untuk mencari calon-calon peserta PERKASA. Namun sehingga tarikh tutup penyertaan, saya hanya dapat 7 orang sahaja!

“Tak kan JIM PP tak dapat hantar peserta tahun ni?”, begitulah bunyi SMS saya kepada YDP Daerah dan AJK Negeri. Saya doakan JIMPP berjaya dapatkan 10 peserta. Apa yang dapat saya simpulkan ialah, kita tidak serius merancang membina pelapis pimpinan. Kalaulah kita mempunyai takungan pemuda yang mengikuti usrah, sudah tentu kita tak ada masalah.

Apa nak buat usaha lah lebih sikit. Pada minggu yang lalu, saya menghubungi ahli JIM Gen-Y yang bekerja di Kangar, Ikhwan Mansor. Saya memujuknya supaya sertai PERKASA, tetapi beliau menolak kerana terpaksa menghadiri program keluarga yang telah dirancang setahun lalu untuk ’re-union’. Saya menerima alasan itu, sebab saya sendiri pernah buat benda yang sama dan clash pulak dengan program JIM.

Namun, satu hari terjumpa beliau dan Hafiz Kassim (orang kuat Karisma) di kenduri rumah Dr Roslan tempoh hari. ”Ini sorang lagi...”, ujar saya yang sedang berbicara pasal status PERKASA dengan Hj Atan. ”Baru 3 Lelaki, Wanita dah 4...”. Saya mengharapkan Hafiz memberi respon. Tiba-tiba tut-tut, terima SMS dari Ikhwan,”Ada kosong lagi ke perkasa? Ana cuba adjust org replace untuk hari keluarga”. Alhamdulillah....kini 8 orang peserta akan ke PERKASA.

Lagi dua peserta lelaki? Masih mencari dan mencari....


YDP JIMPP

Posted by JIM PULAU PINANG Sunday, May 24, 2009 0 comments


















Salam,

Lama tak menulis. Kerja pejabat banyak dan hadiri seminar mengambil masa saya menulis.

Saya teruja dengan program hari keluarga yang dianjurkan oleh JIM Pusat dan beberapa negeri JIM lain. Kenapa tak buat lagi di Pulau Pinang? Saya terus cabar kepada Dr Aidi AJK Keluarga, anjurkan satu. Alhamdulillah! Cikgu Rusli menyahut dengan bersetuju menjadi hos.

Tanggal 9hb.Mei, Tasek Mengkuang menjadi tumpuan ahli-ahli JIM seluruh negeri Pulau Pinang. Jam 7.30 pagi waktu bermula, tapi tak semua yang sanggup tiba seawal pagi tu. Tambahan pula dengan hujan sekejap-sekejap dari semalam. Saya tiba bersama tiga orang anak tanpa isteri kerana ada mesyuarat Tadika.

Acara pertama adalah ’jogging’ bersantai. Sebaik saja bermula, ramai menderu ke depan untuk merebut 10 tempat pertama. “Ada hadiah...”, semua di hadapan tentu berfikir. Saya ulas, “Ini bukan santai ni..” sambil tercungap-cungap mengejar Cikgu Rusli di hadapan. Sebab tu pasukan jogging saya tanpa anak saya Shakir,...kalau tak, tentu tak dapat hadiah nombor enam!

Pagi tu, nasi lemak Ahmad Habuna, cukup umphh! Selera betul! Sebungkus saya habiskan rasa macam nak lagi. Saya cukup seronok melihat kehadiran ahli-ahli JIM dari jauh dan dekat. Suasana ceria dengan nasyid ‘non-stop’ berkumandang di Tasek Mengkuang diceriakan lagi dengan celoteh ‘dee-jay’ Arif Budiman dan Cikgu Rusli.

Hari Keluarga pagi sudah pasti hambar kalau tak ada sukaneka anak-anak. Ahli JIM SPU, pimpinan Cikgu Non memang pakar sukaneka. Baling plastik berisi air, boling buah kelapa, jalan atas bata dan lain-lain lagi. Permainannya mudah, tetapi kerenah peserta yang melucukan. Dan sudah tentu persediaannya agak renyah juga. Saya bagi ‘credit’ pada Cikgu Non and the Geng.

Persembahan kumpulan juga menarik dan mencuit hati. Walaupun tak lama, tapi mencukupi untuk melihat tahap kesungguhan ahli-ahli Daerah menjayakan persembahan. Haji Nahar, walaupun bukan ahli JIM P Pinang, tetap hadir. Dia memilih untuk hadir program ini (yang terakhir baginya) daripada pulang menemui anak-anak dan isteri yang tersayang di Kuala Lumpur. Kerananya beberapa ratus ekor lalat mati!

Dr Danial pula sempat mengunjungi program walaupun sibuk. Tazkirahnya ‘power’ macam biasa. Sempat berbual-bual dengannya mengenai perkembangan di DUN Perak dan penglibatannya dengan siri ‘Halaqah’ di TV9. Di benak hati saya, “Wish he is back as YDP or active JIM member..”

Akhir sekali, sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada Cikgu Rusli YDP SPT dan ahli-ahli urusetianya, semua ahli-ahli yang hadir. Tak lupa kepada JIM SPU yang menjuarai persembahan dan sukaneka. Tanpa anda semua Hari Keluarga 2009 tak akan menjadi kenyataan.

Apa pula selepas ini? PERKASA dan KEMUDI menunggu kita. Bulan Jun, bulan yang sibuk. Entah lah,...mungkin muzakarah RJIM2 Negeri Pulau Pinang pertengahan Jun jadi ke tak?

YDP JIM PP

Posted by Zahpp Tuesday, May 19, 2009 0 comments

Baru-baru ni, saya hadir kuliah yang disampaikan oleh ustaz Sobri Saad.

Masya Allah! Pengisian yang disampaikan oleh ustaz memang terasa di kalbu.
Rupa-rupanya baru saya faham kenapa usrah lesu, kenapa ahli JIM tak meningkat, kenapa sebahagian kita bersikap ‘sejuk’ untuk hadir program-program tarbiah. Apakah fenomena kelesuan dakwah fardiah ada penawarnya? Adakah di sana jawapan kepada ‘kekeringan’ jiwa para penggerak dakwah di Pulau Pinang.?

YA! Ibarat sabda Nabi s.a.w., bagi setiap penyakit, Allah jadikan ada penawarnya kecuali maut. Begitu juga penyakit ‘futur’ dalam hati, pasti ada ubatnya. Ustaz Sobri menyarankan bangun awal pada satu per tiga malam yang terakhir. Solat dua rakaat dengan hati penuh perhambaan mengadap Sang Pencipta.

Susuli dengan merenung ayat-ayat al Quran. Biarlah hati dapat merasai seolah-olah Allah yang menurunkan arahan / peringatan kepada kita. Bila baca ayat ancaman siksaan azab, doalah agar Allah lindungi kita. Ayat-ayat janji syurga harus memotivasikan kita lantas mohonlah agar Allah kurniakan kepada kita rahmat Nya.

Seterusnya, ustaz pesan supaya berzikir samada bertahmid, bertasbih, bertakbir atau ”La ilaha illa Allah” berulangkali. Yang penting hati kena hadir dan tawadhu dengan keagungan ilahi. Seharusnya ini membuahkan rasa insaf dan bersalah dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Ikutilah wirid dengan istighfar rasa kesal atas tergamaknya kita mendurhakai Allah Pencipta Sekalian Alam.

Akhirnya, ustaz memperingatkan kita tentang kehebatan doa. Orang mukmin yang berdoa sentiasa berada di puncak mindanya. Doa juga adalah senjata oang mukmin. Doalah dengan rendah hati. Di hening subuh, sudah tentu bisikan doa disambut oleh Allah. Tiada hijab ketika itu. Doakan untuk diri, kaum keluarga dan juga untuk sahabat dan jamaah.

Ini satu proses tazkiah hati yang cukup berkesan. Hubungan dengan Allah lebih dekat dan saya yakin sekiranya ini menjadi amalan yang konsisten, nescaya kita melayakkan pertolongan Allah kepada perjuangan menegakkan syariah Allah.

Posted by JIM PULAU PINANG Saturday, May 2, 2009 0 comments









Lama dah tak terima telefon dari Kapten Azland. Beliau ni sinonim dengan pegawai penaziran TPSM Pusat kepada setiap daerah-daerah. Saya terima kedatangannya sebagai penazir ke pulau mutiara ini pada 10hb.April.

Terus saya maklumkan kepada semua YDP-YDP daerah semasa mesyuarat JIM Negeri. Saya serahkan kepada TYDP Mustaffa untuk aturkan jadual. Kerja yang saya buat semasa memikul amanah TPSM dahulu. Setiap daerah perlu isi borang PD1. Borang ni memberi maklumat data ahli, prestasi usrah, tahap aktivisme JIM daerah dalam masyarakat dan juga kekerapan perlaksanaan program tarbiah.

Saya bercadang menjadikan penaziran ini sebagai salah satu penilaian prestasi daerah-daerah tahun 2008/2009. Mungkin, satu lagi kriteria daerah yang cemerlang ialah daerah yang mana mampu mencapai Key Perfomance Indicator (KPI) terbanyak. Itu pun, bukan semua KRA diambil kira, tengoklah KRA yang kritikal pula.

Kalau lagu tu, kalah lah daerah yang tidak ramai ahli. Tak mengapa. Apa yang penting, JIM Daerah tersebut mesti menunjukkan kesungguhannya menjayakan RJIM2. Jadi, kita lihatlah nanti Daerah mana yang bakal menjulang anugerah Daerah Terbaik semasa Mesyuarat Perwakilan Negeri nanti.

Posted by JIM PULAU PINANG Thursday, April 23, 2009 1 comments

Setelah beberapa kali saya menangguh, kali ini, samada sibuk ke, saya dah malu alah dengan Inayah, Esok, saya akan tiba di RS kul 10 pagi.., SMS saya kepadanya.

Agaknya lega rasa hati Inayah, pengetua / pengurus Raudhatus Sakinah Pulau Pinang. Memang hari Jumaat pagi pilihan saya, hari cuti menjunjuung perintah Sultan Kedah.

Saya ditemani oleh isteri saya, Farihah. Mujur dia ada pun, kalau tak,..sesat lah saya.

3hb April, hari pertama saya memberi slot motivasi bertajuk, Mengenal Diri. Sebenarnya, saya hanya gunakan slide Power Point yang saya beli cakera padatnya semasa PPN beberapa tahun yang lalu. Memerlukan persediaan yang kemas juga, kerana penyampai perlu memahami isi dan karang ayat-ayat yang sesuai untuk aliran persembahan slide yang seamless.

Kami lewat 10 minit, tetapi disambut dengan mesra oleh pembantu warden. Isteri saya bersalaman dengan semua pelatih. Saya sampaikan ceramah sebaik yang saya mampu, sambil mendengar, isteri saya menimang bayi baru berumur beberapa minggu di dakapan. Sepatutnya pada umur bayi ni, kena dihantar ke bapa/ibu angkat yang baru. Tak boleh biar bersama ibu kandungnya, nanti timbul rasa nak bela anak ni..

Satu jam, lebih kurang selesai berceloteh... tiada soalan. Semua diam je.. Kami pun memohon diri untuk pulang. Dua minggu lagi, saya akan datang lagi, janji tu...

Isteriku komen, “Suara abang tak berapa kuat tadi,... pelatih-pelatih ada yang terlentuk.. Laa,.. ingat ke deghaih dah! Ruang tamu tak lah besar mana, sebab itu saya tak tinggikan suara. Apa pun, terima kasih, isteri ku. Itu tujuan bawa pengiring, boleh tolong-tolong tegur.

Kami dapat tahu, 4 orang pelatih telah cuba melarikan diri malam yang sama selepas ceramah saya. Minda mereka belum dapat menerima mutiara-mutiara nasihat dalam ceramah tadi..., fikir saya.

Posted by JIM PULAU PINANG Monday, April 20, 2009 0 comments

Saya teringat celoteh salah seorang calon berlogokan basikal. Dia sempat berkempen di kedai kopi berhampiran dengan kami. ”Saya yakin, saya boleh dapat 10 ribu undi!”, tegasnya. Sepuluh ribu....satu pertiga tu! Kira mungkin boleh menang, sebab undi PKR dan BN sudah tentu dipecah lagi. Setelah calon itu jauh berkempen di kedai sebelah, datang penyokong-penyokongnya kepada kami, ”Ayo! Dia ni, aa..cakap saja besar! Kalau dapat 100 undi pun,...kira sudah baguih!”. Geli hati jugak tengok perangai depa ni. Namun, sebagai seorang bakal pemimpin memang kena yakin, walaupun dah tahu tak menang.

Tanggal 7hb.April, tibalah masa ’berperang’, vest “Malaysia For Free and Fair Election disarung di badan, ilmu akta pilihanraya tersemat di dada, tag MAFREL ungu siap digantung di leher dan senjata ampuh,...kamera di tangan kiri, pen di tangan kanan. Ayuh! Turun ke medan.

Tunggu,..pengundi-pengundi hantu, siaplah ...penyamar-penyamar. Kami tak kira, ahli PKR ke, BN ke, kami pantau sepanjang hari ini, dengan semangat ingin melihat pengundi-pengundi di Bukit Selambau bebas memangkah pemimpin yang mereka mahu tanpa ugutan, paksaan dan unsur-unsur ketidakadilan.

Seawal pagi 7.30, saya telah tiba di pejabat operasi JIM Sg Petani. Saudara Ong Beng Keong di sisi meja bersiap-siap untuk membuat kerja-kerja laporan di internet secara langsung. Tugasnya, sepanjang hari di pejabat operasi MAFREL untuk menerima laporan atau pertanyaan dari petugas MAFREL di tempat mengundi. Beliau yang berpengalaman dengan kerja pemantauan di dalam dan luar negara ni, memang dianggap sifu oleh petugas-petugas. Apa-apa hal, memang rujuk kepadanya.

Tugas saya sebenarnya membantu Ong, tapi juga kena pastikan petugas menjalankan pemantauan dengan baik di dalam dan luar pusat mengundi. Saya dipesan oleh salah seorang suami petugas wanita JIM PP ”Pastikan keselamatan pemantau dikalangan wanita”...., (Kak Adi, Kak Nani, Ummi Kalsom dan Kak Mai) apatah lagi di sekolah tengah kawasan ladang kelapa sawit.

Ada yang sempat, saya tanya khabar, ada yang sempat saya tawar bantuan. Mana sempat nak tinjau 28 org 'pejuang' di dalam kawasan 22 buah pusat mengundi. Mereka dibantu oleh lebih kurang 20 org lagi pemantau di luar pagar pusat megundi. Kami telah bahagikan DUN ini kepada 3 zon dan menugaskan 3 orang koordinator zon. Ini meringankan kerja saya.

Antara semua yg bertugas, hanya Harryzan, dgn kelicikan mengintepretasi peraturan SPR, dapat memantau di dalam tempat mengundi. Ummi Kalsom juga berjaya memenangai hati Ketua Tempat Mengundi untuk menembusi di dalam kelas, sungguh pun beliau seorang diri sahaj yang memantau.

Sepanjang hari mengundi, beberapa peristiwa menarik berlaku.

Antaranya, Kak Mai di S K Petani Para, dapat 'tangkap' pengundi yang masuk mengundi 2 kali.

Kali kedua terserempak, " Puan,tadi dah mengundi kan?" Terus dia cha alip but...Sempat tangkap gambar. Rasanya kalau tak kerana Kak Mai, tak mungkin PKR menang 5 undi di situ!

FRU juga cuba men'justify'kan kehadiran mereka dengan meredakan ketegangan di Sek Men Aman Jaya.

Berlaku penyokong MCA baling botol di Sek Chung Hwa. Gelagat mereka sempat dirakam.

Lebih 10 orang SB berkeliaran di SK Tasek Apong. Semua di ambil gambar.

Tabik hormat MAFREL kepada beberapa akhawat JIM PP, Kak Ummi, Kak Adi dan Kak Nani kerana mereka bersendirian memantau di tengah pendalaman ladang kelapa sawit. Dah la ambil cuti..balik-balik hujan lebat lagi! Kami sempat bertemu untuk berkongsi pengalaman menarik sepanjang hari di pejabat operasi sambil menghilangkan lapar. Seronok rasanya, bersama-sama menunggu berita TV keputusan PRK. SMS demi SMS yang menggembirakan ahli-ahli parti pembangkang, memenuhi telefon bimbit saya.

Namun bagi MAFREL, siri kesalahan dan salah laku BN dalam proses kempen yang berat sebelah, tak bebas dan banyak unsur ugutan,….semua ini menggambarkan rakyat perlu banyak lagi didedahkan tentang hak mereka untuk mengundi dengan bebas dan adil. Terlalu banyak kesalahan di depan mata tidak dipedulikan kerana telah menjadi kebiasaan.

Akhir sekali, saya bagi pihak MAFREL Pulau Pinang/Kedah mengucapkan jazakumullahu khairan atas kesudian JIM Sg Petani merelakan pejabatnya menjadi pusat operasi MAFREL Bt Selambau selama dua minggu lebih. Kepada saudara Isahak, Farizal, Syed Mohd, Rosli Rashid dan Kak Fauziah juga tampil membantu mengutip laporan-laporan pada petang tu,… terima kasih.

Tak lupa juga kepada petugas2 MAFREL yang sedang meningkat naik, Rusmidin dan rakan2nya dari Kuala Nerang. Komitmen yang ditunjukkan oleh Ong, Harryzan & kakitangannya, ahli-ahli JIM Sg Petani, Uncle Tony, Sandrasekharan, rakan2 India yang lain adalah dihargai. 11hb April, sessi lapor-balik dijalankan. Untuk menghargai usaha mereka, rakan2 MAFREL dijemput ke majlis hi-tea meraikan 'kemenangan' MAFREL.

Sebagai penyudahnya, antara perkara pembaikan yang saya dapat kutip kali ini ialah

  • Kempen awal untuk kumpul sukarelawan seawal hari pengumuman DUN bubar.
  • Koordinator kena rajin berkomunikasi dengan petugas-petugas di bawah seliaannya. Mengadakan taklimat yang sama beberapa kali kerana ramai yang tidak hadir.
  • Cari lokasi pejabat operasi di dalam kawasan DUN, supaya dapat menarik lebih ramai menjadi ahli malahan memudahkan pemberita buat liputan.
  • Pastikan petugas di pendalaman ada bekalan makanan tengahari oleh MAFREL, bukan SPR.
  • Pastikan semua petugas pulang selepas menghantar laporan bertulis dan foto-foto di’download’kan kepada koordinator terlebih dahulu.

Mudah2an PRK Bt Selambau ini menjadi pemangkin kepada JIM Kedah meramaikan lagi sukarelawan di Pilihan Raya yang akan datang.

YDP JIM PP

Posted by JIM PULAU PINANG Wednesday, April 15, 2009 0 comments


Umum mengetahui pilihanraya kecil bakal berlangsung di tiga kawasan pada 7 April. Saya yang baru mengenali MAFREL (MAlaysia for FRee and fair ELection) pada tahun 2008, iaitu PilihanRaya Umum ke 12. Asalnya malu alah kepada Syed Ibrahim, …….. ya lah, sebagai YDP, saya kelolakan latihan MAFREL untuk merekrut ahli2 NGO di Pulau Pinang. Setakat tu, je…. Alih-alih, terlantik sebagai Koordinator Pulau Pinang pulak!

Alhamdulillah, dengan kuasa YDP yang ada pada saya, habis saya kerah seramai mungkin ahli-ahli JIM menganggotai sebagai pemerhati MAFREL. Ramai juga yang ikuti… mencecah 30 orang. Tetapi yang lebih mencabar ialah semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh. Pemerhati MAFREL waktu itu telah dilatih dibawah saya menjangkau 150 orang, termasuk dua tiga orang ahli UMNO….dan juga seorang SB!

Kini, DUN Bukit Selambau menggamit MAFREL Pulau Pinang membantu MAFREL Kedah. Ahli MAFREL Kedah sewaktu PRU 12, tak seramai mana. Jadi, ini peluang bagi ahli JIM Kedah meramaikan lagi penglibatan mereka. Saya dan Ong Beng Keong memulakan perjumpaan dengan Cikgu Pisal dan Dr Zolkipli, YDP Sg Petani. Alhamdulillah, Allah mudahkan MAFREL beroperasi di pejabat JIM Sg Petani.

Cikgu Atiqur Rahman, Penolong Kanan Sekolah Sg Lallang turut membantu selain En. Sandrasekharan, seorang Ahli Majlis Majlis Daerah Kulim,..rupanya! Kami telah berbincang tentang bajet, kerja-kerja pengurusan dan latihan yang perlu dibereskan. Kalau tak buat ni, tak berjalan la, MAFREL di Bukit Selambau. Seperti biasa, pendaftaran awal amat kritikal untuk memohon SPR meluluskan pemantau MAFREL bertugas di dalam tempat mengundi.

Oleh kerana ahli JIM di Kedah agak ‘perlahan’ sikit menyahut, saya ajak ahli JIM Pulau Pinang yang pernah menyarung ‘vest’ MAFREL tampil mendaftar. Alhamdulillah, saya mendapat banyak sokongan dari akhi Mustaffa, Harryzan dan kakitangannya. Ahli PAS Pmtg Pasir, Rosle tak ketinggalan mendaftar. Syabas juga kepada tiga sekawan dari USM, Kak Nani, Kak Adi dan Umi Kalsom. Mereka bukan sahaja setakat menyertai pemantauan malahan menyediakan modul-modul latihan lagi!

Dalam pada tu, rupa-rupanya ada ahli MAFREL dari Kuala Nerang. Terfikir juga,”Jauhnya mai dari Kuala Nerang, ..kurang-kurang 2 jam baru sampai kat Sungai Petani. Mai dengar taklimat 2 jam, lepas tu, balik”. Semoga Allah rahmati mereka dan Rosmidin, sahabat muda ahli JIM Kedah yang berpotensi memimpin belia Kedah.

Kumpul punya kumpul, dapatlah seramai 33 orang nama pemantau untuk dikemukakan kepada SPR. Kalau ikutkan skop kerja, saya tak perlu buat apa yang telah saya buat di pejabat pengoperasian Permatang Pauh dulu. ”Sepatutnya orang Kedah la, yang buat ni...!”. Tapi, orang Kedah tak boleh nak pulun semua. Saya juga yang tolong cetak gambar, panggil rakan lama MAFREL ke mesyuarat, beri latihan, hantar kurier ke MAFREL Pusat. Tak pe lah...pelan-pelan kita latih mereka ni supaya dapat mengambil alih nanti.

Nanti sambung....

Posted by JIM PULAU PINANG Monday, April 13, 2009 0 comments

































Pada ketika ini sedang berlangsung Bengkel Pembinaan Blog anjuran JIMedia Pulau Pinang yang dihadiri oleh 18 peserta termasuk YD JIM PP dan Moderator Ariff Budiman (http://warna-nostalgia.blogspot.com/)

Sebanyak 13 blog baru telah berjaya dibina oleh peserta.
Antaranya :

http://wanitajimspu09.blogspot.com/ (Norhayati Sidiqah)
http://towerpeak.blogspot.com/(HjTaufek)
http://jommasuktengok.blogspot.com/ (Ihsan Jamaludin)
http://rakanziarah.blogspot.com/ (Salmi Hashim SP)
http://mustafalyn.blogspot.com/ (Mustafa)
http://sweetlily-insyirah11.blogspot.com/ (Latifah Bee)
http://sehijaudaun2009.blogspot.com/ (Dr Nor'Aini)
http://miszlife.blogspot.com/ (Najihah Aliya Razali)
http://sitihamnah.blogspot.com/ (Siti Hamnah)
http://hampasapa.blogspot.com/ (Hermawan)
http://kawayusu143.blogspot.com/ (Syafaf Sofri)
http://diayangtahu.blogspot.com/ (Siti Salmiyah)
http://sichi-dontloveme.blogspot.com/

Turut hadir akhi Nuruddin (http://pentaskajibuku.blogspot.com/)

Catatan :

Zahpp (http://ilmucemerlang.blogspot.com/)

Posted by JIM PULAU PINANG Sunday, April 12, 2009 2 comments

Subscribe here

Pengenalan

JIM PULAU PINANG

Location: 64, Tingkat 2, Jalan Bukit Kecil 1, Taman Sri Nibong, Pulau Pinang

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan berasaskan Islam. Telah diluluskan pendaftarannya pada 21 Januari 1991.

Photobucket

Video Hishamuddin Alham (Sony Vages)