Malam Himpunan Ummah (HIMMAH) Berjaya menyatukan NGO Islam Pulau Pinang
Malam Himpunan Ummah, Selamatkan Gaza (HIMMAH) telah berlangsung di Dewan Milenium, Kepala Batas, Ahad:1 Feb 2008. Penganjuran oleh 25 gabungan NGO antaranya ABIM, API, PUM, JIM, ISMA, IQ, IPCI, TERAS, YMSC, SUFI, BKAIP, ISRA dan BADAI telah berjaya menhimpunkan seramai 6000 orang

Penganjur berharapkan program ini sebagai program kemuncak menanam kesedaran di kalangan umat Islam di Pulau Pinang tentang kezaliman Zionis dan keperitan saudara se Islam di Gaza.

Perhimpunan dimulakan dengan solat maghrib dan solat hajat berjemaah diimamkan oleh Ust Hafiz Nordin diikuti dengan tazkirah. Solat Isyak dan qunut nazilah pula telah diimamkan oleh Dato Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang.

Majlis seterusnya didahului dengan bacaan Quran oleh Johan Akademi Al Quran TV9 saudara Fakhrul Radzi. Ucapan pengarah program Prof Madya Dr Mohd Roslan bin Hashim, ahli jawatankuasa JIM Pulau Pinang, mengungkap penderitaan rakyat Palestin ini sejak 61 tahun yang lalu.
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang SS Dato' Hj Hassan bin Ahmad memulakan bicara dengan suara yang sebak. Beliau kemudiannya menegaskan bahawa Dr Yusuf Qardhawi meletakkan jihad minima bagi seluruh umat dengan memboikot barangan keluaran Israel dan Amerika sebagai Fardhu Ain. Satu riyal pembelian barangan mereka sama seperti memberikan satu peluru yang kemudiannya digunakan oleh askar Israel untuk membunuh rakyat Palestin.
Ucapan dari Ust Mutalib Maarof, Mudir Madrasah An Nahdhoh, Kubang Semang membuka seerah Nabi menebang pokok tamar ketika memerangi kaum yahudi kerana tamar adalah sumber pendapatan yang kukuh bagi kaum Yahudi. Maka berpandukan seerah ini Amerika adalah tali barut kepada Israel. Maka wajib bagi umat Islam memboikot demi melumpuhkan ekonomi mereka sekaligus akan melemahkan mereka.
Dr Danial yang memang dikenali sebagai pemidato berfakta menghurai perbezaan antara Yahudi dengan rejim Zionis. Zionis yang kita perangi sekarang ini berkiblatkan kitab Tarmut yang mengatakan bahawa Yahudi adalah umat 1st class di dunia ini. Bangsa lain hanya setaraf dengan anjing. Zionis akan menangis dan menembak. Menangis memberitahu dunia bahawa mereka sebenarnya di aniaya oleh Hamas. Mereka menembak Palestin kononnya untuk mempertahankan diri. Dunia sebenarnya ditipu oleh Zionis!
Dr Danial dengan tegas dan keras mengajak mereka-mereka yang masih tegar dengan tabiat merokok supaya menghentikan tabiat membazir ini. Ianya bukan sahaja telah difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan malah rokok itu sebenarnya adalah produk milik Phillip Morris yang juga rakyat Amerika dan penyumbang kepada kewangan Israel. Jangan biarkan bibir yang melaknati Israel tetapi di ketika yang sama di celahnya tersangkut sepuntung rokok yang sedang membakar wang ringgit titik peluh sendiri dan asapnya dihantar untuk membakar rakyat Palestin. Ucapan dari salah seorang anak tempatan Gaza yang belajar di Malaysia tapi kini tidak dapat pulang semula ke Gaza mendedahkan birokrasi oleh Mesir dan Jordan yang mengaku negara Islam. Audien juga dipaparkan dengan tayangan video yang menggambarkan kesengsaraan anak-anak Palestin.
Tidak ketinggalan penasyid Nazrey Johani mengisi malam HIMMAH ini dengan menyuntik kesyahduan jihad lewat lirik yang bernas dalam lagu-lagunya. Marilah kita terus istiqamah dalam memboikot barangan Amerika dan Israel, disamping berdoa semoga Allah kurniakan kejayaan akhirnya kepada mereka.

Acara diakhiri dengan bacaan ikrar oleh semua ketua-ketua NGO diketuai oleh Setiausaha ABIM Pulau Pinang, saudara Syed Mikail.
Sumbangan yang berjaya dikumpul ialah RM33,000.00 dengan beberapa sumbangan lagi akan menyusul.

Posted by JIM PULAU PINANG Monday, March 9, 2009

0 comments

Post a Comment