JIM P Pinang sertai Sambutan Maulidur Rasul 2009.

Minggu lalu merupakan antara minggu yang sibuk. Bermula dengan program bersama kerajaan Negeri menyertai perarakan maulud. Pagi Isnin 9hb.Mac, saya membawa anak sulung saya Mujahid sertai. Harapan agar beliau , yang juga ahli JIM Pulau Pinang, merasai kebersamaan dalam program JIM & program rasmi kerajaan.

Kami bertolak awal bersama YDP JIM SPU, Yusof Zaki. Nampaknya hanya kami berdua dewasa dan lima orang remaja mewakili JIM SPU tahun ni. Tahun ini, penyertaan ahli JIM tidak seramai tahun lalu. Mungkin ada yang sibuk dan ada juga yang berpendapat tidak sunnah.

Bagi saya, JIM sertai perarakan untuk menunjukkan kebersamaan NGO Islam menyokong program-program Islam Kerajaan Pakatan Rakyat. Kita bermu’ayashah dengan sesiapa sahaja di sana. Perkenalkan nama JIM dan misi dakwah juga boleh dilakukan.

FORUM dan Perjumpaan dengan YB Abd Malek

Petang pula, di Permatang Pauh , Pusat Tafaqquh al Ghazali, pusat kuliah yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama P Pinang, menjadi lokasi mesyuarat FORUM Penyelarasan Umat P Pinang. Mempengerusikan mesyuarat dan mengambil minit....tough tu! Tapi itulah yang saya perlu buat untuk meng’hidup’kan FORUM ni. Masing-masing menolak kerja-kerja tambahan. Namun, berasa lega apabila tuan Haji Mutallib dari TERAS merasa seronok lagi dengan FORUM ni, apabila ada minit mesyuarat.

Mesyuarat dihadiri oleh Dr Roslan, Najib KRJ, Nizam, Shamsul API, Izat PUM, Ust Nordin Hafiz BADAI, Hj Mutallib TERAS, Ust Wahab IQ dan Mohd Akhir HALUAN. Kami membincangkan tentang program Wacana Pemikiran Umar Abdul Aziz, masalah pelarian Rohingya dan Inter-Religious Dialogue.

Yang menjadi fokus ialah persediaan untuk bertemu dengan YB Abd Malik, exco agama yang baru dilantik, menggantikan YB Fairus. Kami menggariskan topik perbincangan utama iaitu isu YDP MAIPP, program imarah masjid, ruang-ruang exco agama boleh bantu NGO-NGO Islam, penjelasan mengenai Inter-religious goodwill council (IRGC) dan isu pelarian Rohingya.

Jadi, kami bertemulah dengan YB Malek pada 12hb Mac , kebetulan tarikh yang sama tahun lalu FORUM bertemu dengan YAB Lim Guan Eng! Perbincangan kami selama 1 jam lebih, kami dimaklumkan tentang pertukaran pimpinan MAIPP. ”Tak lama lagi...” janji YB Malek. Beliau dilihat lebih on-the-ground berbanding exco yang terdahulu, ie. berjumpa sendiri dengan pegawai-pegawai JAIP dan MAIPP, bukan memanggil mereka ke pejabatnya.

Bagi saya, YB Malek lebih mudah didekati dan saya yakin banyak engagement yang boleh kita buat dengan exco agama ini. Mudah-mudahan, Allah permudahkan. Jumpa lagi.

Posted by JIM PULAU PINANG Thursday, March 19, 2009

0 comments

Post a Comment